Polis tahan empat suspek curi sawit di sekitar Bera

KUANTAN – Empat lelaki, termasuk dua warga Indonesia ditahan kerana disyaki mencuri buah kelapa sawit di Bera, semalam.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, tangkapan pertama dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera membabitkan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes kecurian sawit di Ladang FELDA Rentam, Februari lalu.

Menurutnya, susulan tangkapan tersebut, dua lagi lelaki ditahan di Ladang FDM FELDA Mayam, semalam kerana disyaki terlibat dalam kes sama.

“Polis merampas sebuah lori dan kenderaan pacuan empat roda dipercayai digunakan dalam kegiatan mencuri sawit.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata, tiga suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh hari ini untuk permohonan reman, manakala seorang lagi individu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.

“Ketiga-tiga suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Related Posts

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

TAWAU – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang berlaku di Semenanjung Minahassa Sulawesi, Indonesia pukul 12.25 pagi tadi dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah iaitu Kunak, Lahad Datu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?