KDNK bertumbuh, bukti reformasi ekonomi mula membuahkan hasil

PUTRAJAYA – Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2024 yang melepasi unjuran awal kerajaan serta jangkaan penganalisis bebas, membuktikan bahawa reformasi ekonomi sudah mula membuahkan hasil awal.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Perdana Menteri melihat pertumbuhan itu didorong oleh pelaburan domestik yang tertinggi dalam tempoh sedekad mencerminkan keyakinan pelabur terhadap halatuju dasar negara.

“Pada tahun 2024 Pertubuhan KDNK mencecah 5.1 peratus meningkat daripada 3.6 peratus pada tahun sebelumnya. Ini melepasi unjuran awal kerajaan serta jangkaan penganalisis bebas, satu bukti bahawa reformasi ekonomi sudah mula membuahkan hasil awal.

“Nilai pasaran modal juga mencatat rekod baru mencecah RM4.2 trilion dengan kadar pertumbuhan hampir 11 peratus berbanding tahun sebelumnya dan ia bukan sekadar angka tetapi petanda positif bahawa asas ekonomi kita semakin mengukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Anwar Ibrahim dan PMO.

Menurutnya, bagaimanapun, Perdana Menteri turut akur bahawa cabaran struktur itu masih wujud, justeru produktiviti negara perlu dipertingkat, daya saing diperkukuh dan ketahanan ekonomi dibina semula berlandaskan prinsip manusiawi dan tata kelola yang baik.

“Kita tidak boleh berkompromi dengan ketirisan dan rasuah yang merugikan negara dan membantut pembangunan.

“Kerangka Ekonomi MADANI yang dilancarkan pada 27 Julai 2023 bukan sekadar pelan dasar tetapi satu usaha bersama untuk membina ekonomi yang lebih adil, lestari dan menyeluruh agar pertumbuhan yang dicapai dapat dikecapi oleh semua bukan hanya golongan atasan ataupun golongan nilai,” katanya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM