Guru KAFA, takmir, imam dapat duit raya RM250

GURU Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut kini boleh mengukir senyum menjelang Aidilfitri ini kerana bakal mendapat ‘duit raya’ daripada Kerajaan MADANI.

Ini kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM250 yang akan dibayar kepada mereka mulai minggu depan.

Beliau berkata, ‘duit raya’ itu diberikan kepada 70,000 penerima dengan peruntukan RM17 juta.

“Tadi saya umumkan BKK Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam. Ini termasuk (BKK sebanyak RM250 kepada) veteran tentera yang berpencen dan tidak berpencen serta pesara.

“Malam ini saya nak tambah kepada guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Terengganu di pekarangan Masjid Sultan Ahmad, Kemaman, malam tadi.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bersetuju memberikan bantuan itu sebagai menghargai sumbangan besar golongan tersebut.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu