Sultan Pahang bangga empat daerah dalam senarai bandar paling bahagia

KUANTAN – Pemilihan empat daerah di Pahang sebagai antara 20 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2025 mendapat perhatian Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda bertitah, kejayaan itu bertepatan dengan suasana yang dinikmati di daerah tersebut, terutama di Lipis.

“Saya bangga dengan kejayaan Lipis, Cameron Highlands, Jerantut, dan Temerloh.

“Di Lipis hari ini, saya melawat bandar dan masjid, melihat senyuman di wajah setiap orang, gelaran ini sangat sesuai,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan rakyat Pahang untuk terus berusaha, menjaga kebersihan serta mengutamakan solat dan mengaji al-Quran.

Baginda bertitah demikian selepas merasmikan Maahad Tahfiz Ar-Rushd di Kampung Tanjung Gahai, dekat Lipis, petang semalam.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berharap kejayaan empat daerah berkenaan menjadi inspirasi kepada daerah lain untuk turut mendapat pengiktirafan sama.

“Dalam masa yang sama, empat daerah yang telah diisytiharkan sebagai bandar bahagia dapat terus mengekalkan pengiktirafan kerana saya percaya daerah lain pun akan berusaha untuk mendapat pengiktirafan seperti ini,” jelasnya yang turut berbangga dengan kejayaan tersebut

Semalam, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengumumkan senarai 20 bandar paling bahagia berdasarkan Indeks Kebahagiaan Malaysia.

Lipis, Cameron Highlands, dan Jerantut meraih pengiktirafan dalam kategori Majlis Daerah, manakala Temerloh tersenarai dalam kategori Majlis Bandaraya dan Perbandaran.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kane sumbat 2 gol, England mara ke pusingan 16 terakhir

Kane sumbat 2 gol, England mara ke pusingan 16 terakhir

Sokongan senyap rakyat pacu kempen, kemenangan Onn di Senggarang

Sokongan senyap rakyat pacu kempen, kemenangan Onn di Senggarang

Jika benar berlaku, kelewatan bayaran Program Semarak Subuh Johor kepada masjid tidak wajar – Onn

Jika benar berlaku, kelewatan bayaran Program Semarak Subuh Johor kepada masjid tidak wajar – Onn

“Johor maju bukan sekadar Johor Bahru, Labis dan Tenang jangan terus dipinggirkan” – Elia Nadira

“Johor maju bukan sekadar Johor Bahru, Labis dan Tenang jangan terus dipinggirkan” – Elia Nadira

Dari sijil ke PhD: Elia Nadira mahu bawa semangat menuntut ilmu demi masa depan Tenang

Dari sijil ke PhD: Elia Nadira mahu bawa semangat menuntut ilmu demi masa depan Tenang

PH tawar agenda pembangunan mampan, lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi di Johor

PH tawar agenda pembangunan mampan, lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi di Johor