Polis buru empat warga asing rompak rumah di FELDA Chini Timur

KUANTAN – Seorang suri rumah bersama dua anak dan ibu mentua berdepan detik cemas apabila kediaman mereka dimasuki empat perompak bersenjatakan pisau di FELDA Chini Timur 1, dekat Pekan, lewat malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kejadian berlaku ketika suri rumah berusia 26 tahun itu sedang tidur bersama dua anak dan ibu mentuanya pada jam 11.50 malam.

Katanya, kejadian itu disedari mangsa selepas terdengar bunyi barang jatuh sebelum keluar dari bilik untuk memeriksa.

“Mangsa terkejut apabila mendapati empat suspek bertopeng dan berpakaian gelap berada di ruang tamu rumah.

“Terkejut dengan kejadian itu, mangsa menjerit dan seorang daripada suspek mengacukan pisau pada leher anak lelaki mangsa berusia empat tahun yang sedang tidur di ruang tamu.

“Kemudian mangsa diarahkan suspek sama supaya diam, manakala seorang lagi suspek menarik mangsa ke arah anak mangsa.

“Selepas itu dua lagi suspek menggeledah rumah dengan memasuki setiap bilik. Suspek mengambil dua telefon bimbit yang berada di ruang tamu.

“Ketika di ruang tamu, suspek mengambil seutas rantai leher dan gelang tangan milik ibu bernilai RM12,000 secara paksa.

“Ibu mentua dan anak mangsa diarahkan berkumpul di bilik tidur hadapan sebelum suspek meloloskan diri melalui pintu dapur di bahagian belakang rumah,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, mangsa dan tiga yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, ketika kejadian suami dan bapa mentua mangsa tiada di rumah.

“Tiga suspek berbadan besar dan tegap manakala seorang lagi bertubuh kecil dan berdasarkan percakapan, mereka dipercayai warga asing,” katanya.

Katanya, usaha sedang dijalankan pihaknya untuk mengesan empat suspek terbabit dalam kejadian itu.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA