Lima lelaki ditahan berhubung pergaduhan di Satok

KUCHING– Lima lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 35 tahun susulan tularnya satu video berdurasi 53 saat di media sosial. 

Video tersebut merakamkan insiden pergaduhan yang berlaku di hadapan sebuah kedai di Jalan Rubber, Satok.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, kejadian tersebut berpunca daripada tindakan membunyikan enjin dan ekzos kenderaan dengan kuat dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu perkauman atau etnik. 

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali,” ujar beliau.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak bertindak di luar batas undang-undang serta menghubungi pihak polis jika mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini. 

Orang awam juga dinasihatkan untuk tidak menyebarkan video tersebut bagi mengelakkan kegusaran serta mengekalkan ketenteraman awam.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-24444 atau Pegawai Penyiasat, Insp Ridzainuddin Rosley Abdullah, di talian 010-943-1449.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan