Barisan pelapis muda kini jadi taruhan DAP pada PRU16

KEPUTUSAN pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) Ahad lalu telah mencorakkan proses barisan kepimpinan muda DAP yang diberi kepercayaan oleh perwakilan untuk memimpin parti itu.

Kejayaan Anthony Loke mengekalkan kedudukannya sebagai Setiausaha Agung DAP untuk tiga tahun lagi telah membayangkan ahli DAP lebih senang dengan kepimpinannya yang sederhana itu.

Loke dipilih semula sebagai Setiausaha Agung DAP untuk penggal kedua yang merupakan kedudukan paling berpengaruh dalam parti yang menggunakan simbol roket itu.

Semenjak DAP di bawah kepimpinan Loke persahabatan parti itu dengan PKR, Amanah dan UMNO terutamanya mampu membawa Kerajaan MADANI akan terus memimpin negara bagi berhadapan pilihan raya umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Pelantikan semula Loke itu mengukuhkan pengaruhnya dalam DAP dan ini memperlihatkan visi politik yang lebih pragmatik, inklusif dan mesra gabungan terutamanya dalam Kerajaan MADANI hari ini.

Kepimpinan beliau dijangka mengalihkan DAP daripada pendekatan konfrontasi politik dan meletakkan parti sebagai rakan kongsi stabil dalam gabungan Kerajaan Perpaduan yang direstui oleh Yang di-Pertuan Agong.

Penulis berpendapat Deklarasi Shah Alam telah mendidik DAP lebih akur dan hormati Islam, keistimewaan Melayu menyebabkan DAP kini dapat bersahabat dengan musuh lamanya UMNO.

Pada pemilihan lalu ahli-ahli DAP dikatakan kurang senang dengan pemimpin mereka yang agresif dan tidak hairanlah ramai pemimpin yang agak keras tersingkir dan tidak tersenarai dalam 30 ahli jawatankuasa.

Ini menunjukkan ahli-ahli DAP tidak mahu pemimpin yang agresif seperti RSN Rayer dan beberapa pemimpin sehaluan seperti itu membayangi DAP pada masa akan datang.

Sikap keterbukaan Loke dikatakan sangat disenangi oleh kepimpinan parti lain dalam menjadikan Kerajaan MADANI terus memimpin negara pada masa akan datang.

Penulis yakin sekiranya Loke mengekalkan sikap terbukanya dan menjadikan DAP bukan sekadar politik ideologi yang didominasi oleh kaum Cina dan India pasti lebih ramai lagi anak muda Melayu akan turut menjadi ahli parti itu.

Bagaimana pula dengan Dinasti Lim yang sememangnya terkenal sebagai ‘Maharaja DAP’ sejak sekian lama?

Bagaimanapun pemilihan baru-baru ini menunjukkan keagungan Dinasti Lim sudah pun berakhir .

Ini terbukti apabila dua wakilnya iaitu Lim Guan Eng dan adiknya, Lim Hui Ying tewas pada pemilihan Ahad lalu.

Ini menunjukkan perwakilan DAP hari ni tidak mahu Dinasti Lim terus menguasai DAP pada masa akan datang dan memberi peluang juga kepada golongan sederhana dan inklusif untuk mendapat tempat juga dalam DAP.

Apa yang penting dalam perjuangan DAP tiada istilah warisan dalam barisan kepimpinan parti itu pada hari ini.

Syabas! Mampukah parti-parti Melayu melakukannya juga?

Ramai dalam kalangan kepimpinan veteran DAP yang seangkatan dengan Guan Eng juga sudah terhakis dalam senarai kepimpinan DAP.

Kini hanya ada dua sahaja daripada 30 pemilihan baru-baru ini yang masih kekal iaitu Ahli Parlimen Bruas, Ngeh Koo Ham dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kuan Yow.

Kesimpulannya dengan dianggotai oleh perwakilan muda diharap DAP akan terus mencurahkan idea baharu dalam menjana kestabilan politik dan ekonomi negara pada masa akan datang.

Related Posts

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

PUTRAJAYA – Cadangan Indonesia untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui Selat Melaka disifatkan tidak relevan serta bercanggah dengan prinsip yang termaktub dalam United Nations Convention on the Law…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

JOHOR BAHRU – Malaysia terus mengekalkan bekalan bahan api tanpa melaksanakan catuan meskipun beberapa negara berdepan tekanan bekalan akibat krisis global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah