
SANDAKAN – Bekalan barang keperluan khususnya gula dan minyak masak di menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri di sini, stabil.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa (KPDN) Cawangan Sandakan, Azdy Zukkry John berkata, pemeriksaan bekalan barang keperluan telah dilakukan di beberapa pemborong utama di daerah ini termasuk pasar raya tumpuan utama pengguna.
“Hasil pemeriksaan mendapati bekalan stok semasa gula di lima pemborong utama di Sandakan adalah sebanyak 154.848 metrik tan.
“Selain itu, bekalan gula sebanyak 224 metrik tan lagi dijangka akan tiba di Sandakan pada esok,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Jelas Azdy, tinjauan di sebuah pasar raya tumpuan juga mendapati barang kawalan iaitu minyak masak mudah diperolehi dan tiada pembelian panik.
“Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui e-aduan.kpdn.gov atau di talian 089-668107 atau melalui aplikasi Whatsapp 019 848 8000 (Aduan Pengguna),” ujarnya.





