Kapal layar milik warga China terdampar di muara Sungai Mukah

MUKAH – Sebuah kapal layar milik warga milik China didapati terdampar di Muara Sungai Mukah pada Rabu.

Difahamkan kapal layar tersebut mengalami kerosakan enjin menyebabkan mereka terpaksa mendarat di kawasan yang berhampiran.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, pihaknya mengesahkan kejadian tersebut selepas menerima laporan berkenaan pemilik kapal iaitu lelaki warga China bersama-sama dua rakan senegaranya.

“Kejadian tersebut berlaku pada 12 Mac lalu ketika kapal layar dinaiki oleh tiga lelaki warga China berusia 31 hingga 52 tahun,” ujar beliau.

Tambah beliau, ketiga-tiga lelaki tersebut dalam perjalanan pulang ke China dari Pulau Phuket, Thailand.

“Kapal layar tersebut mengalami masalah enjin menyebabkan mereka terpaksa memasuki kawasan muara Sungai Mukah dengan bot kecil,” jelas beliau.

Tambah beliau, satu beg galas berisi dokumen penting seperti pasport dan barang peribadi tercicir di tengah laut.

“Seorang penduduk tempatan membantu mereka sebelum membuat laporan kepada pihak polis di Balai Polis Mukah,” ujar beliau lagi.

Beliau berkata lagi kes tersebut akan dirujuk kepada Kedutaan China di Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSSS), dan Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.  

Related Posts

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

KUANTAN – Program Paya Besar Global Pulse: Russian Track hujung minggu lalu, menghimpunkan belia berusia antara 15 hingga 19 tahun dari kawasan Parlimen Paya Besar dan anak muda Rusia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

  • By Fatin
  • October 9, 2026
MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas