Kerajaan ada keazaman politik tinggi ubah sistem beras negara

KANGAR – Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini mempunyai keazaman politik yang tinggi untuk melaksanakan reformasi dalam sistem pengedaran dan pengurusan beras negara.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah drastik bagi memastikan beras putih tempatan (BPT) benar-benar sampai ke pasaran dengan harga yang lebih stabil dan tidak dimanipulasi oleh pihak tertentu.

“Saya percaya kerajaan hari ini serius mahu melakukan perubahan besar dalam sistem beras negara kerana rakyat sendiri semakin terhimpit dengan harga beras yang meningkat dan bekalan yang tidak menentu.

“Ketidaktelusan dalam pengurusan bekalan beras telah lama berlarutan sehingga menyebabkan pesawah tidak mendapat harga yang adil manakala pengguna pula terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan beras tempatan,” katanya selepas majlis santai moreh bersama Pemuda UMNO Perlis di Kangar Jaya di sini semalam.

Tambahnya, hari ini pesawah hanya mampu menjual padi dengan harga RM1.60 sekilogram kepada pengilang, tetapi selepas diproses, beras itu dijual dengan harga yang jauh lebih tinggi.

Tambah beliau lagi, jika pesawah diberi kuasa memproses sendiri hasil tanaman mereka dan menjualnya pada harga RM2.60 sekilogram, mereka akan memperoleh pendapatan lebih baik, manakala rakyat boleh membeli beras tempatan dengan harga lebih rendah.

Beliau menegaskan, reformasi sistem beras perlu dilakukan segera dengan memberi lebih ruang kepada pesawah melalui koperasi atau persatuan untuk menguruskan hasil tanaman mereka tanpa bergantung kepada pengilang besar.

“Ini bukan sekadar isu pengedaran, tetapi juga soal keadilan kepada pesawah dan rakyat. Dengan keazaman politik yang tinggi, saya yakin kerajaan mampu melaksanakan perubahan ini,” ujarnya.

Tegasnya, langkah ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada golongan pesawah, tetapi juga membantu rakyat yang kini semakin terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat.

Related Posts

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man mempersoalkan kritikan Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhubung cadangan penubuhan kampus cawangan universiti antarabangsa di Sarawak yang didakwa mampu menjejaskan perpaduan negara. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang membongkar kegiatan penyeludupan rokok dan minuman keras selepas merampas barangan tidak berkastam bernilai RM2.52 juta dalam tiga serbuan berasingan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah