Dr Taufiq tawar diri bertanding Ketua Cabang PKR Sungai Petani pada Mei nanti

SUNGAI PETANI – Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari pada Isnin secara rasmi menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Sungai Petani dalam pemilihan parti yang akan berlangsung Mei depan.

Menurut Taufiq, keputusan itu dibuat bagi memastikan kesinambungan perjuangan parti di kawasan terbabit terus diperkukuh, selari dengan hasrat untuk mempertahankan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan tersebut dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

“Sungai Petani adalah antara cabang terawal mengibarkan panji perjuangan PKR di Kedah sejak penubuhan parti pada tahun 1999. Dengan keanggotaan hampir 14,000 orang, cabang ini memainkan peranan penting dalam landskap politik negeri,” katanya memetik kenyataan dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada barisan pimpinan cabang serta bekas pemimpin yang telah berbakti kepada parti sepanjang perjuangan menegakkan keadilan dan reformasi di kawasan itu.

“Segala pencapaian parti selama ini terhasil daripada usaha keras dan pengorbanan para aktivis, baik generasi terdahulu mahupun anak muda pelapis.

“Kini, menjadi tanggungjawab kita untuk menggabungkan kekuatan lama dan idealisme baharu demi memastikan parti terus relevan dan diterima rakyat,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Taufiq berkata, fokus utamanya adalah memperkukuh jentera organisasi PKR Sungai Petani agar lebih tersusun dan bersedia menghadapi cabaran politik mendatang.

“Perjuangan kita belum selesai. Kita mesti pertahankan kemenangan di Parlimen Sungai Petani, DUN Bakar Arang dan DUN Sidam, serta merampas semula DUN Pantai Merdeka yang jatuh ke tangan lawan.

“Justeru, dengan penuh rendah hati, saya menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ketua Cabang PKR Sungai Petani. Saya menyeru seluruh anggota akar umbi agar bersama-sama membina sebuah pasukan besar yang kukuh dan utuh dalam menghadapi PRU16 nanti,” katanya.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda