Lelaki maut jatuh dari bangunan pusat beli-belah

KUCHING – Seorang lelaki ditemukan maut setelah dipercayai terjatuh dari bangunan pusat beli-belah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, pihak polis tiba di lokasi mengesahkan mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap tanpa berbaju dan hanya memakai seluar panjang hitam.

Sejurus itu, jelas beliau, mangsa lelaki berusia dalam lingkungan 20-an disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.

”Mangsa dihantar ke  ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tujuan bedah siasat,” kata beliau.

Tambah beliau, kes tersebut dijalankan di bawah kematian secara mengejut.

”Pihak polis merayu kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini,” kata beliau lagi.

Related Posts

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

TAIPING – Program Hari Potensi Alpha Gen Talent dan Hari Kemahiran KEMAS Negeri Perak menjadi medan penting untuk mencungkil bakat serta mengembangkan potensi generasi muda dalam pelbagai bidang, termasuk sukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

NIAH – Regatta Subis@Niah 2026 bakal berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 September ini dengan pelbagai aktiviti menarik di Tebingan Niah dan Dewan Terbuka Sepupok. Penganjuran acara tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

  • By Fatin
  • August 17, 2026
SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah