JKDM Kelantan tumpas kegiatan penyeludupan terbesar tembakau kering

KOTA BHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan sebanyak 3,980 kilogram tembakau kering dengan nilai rampasan RM253,481.18 termasuk cukai yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, kesemua tembakau kering berkenaan dirampas susulan penahanan dilakukan terhadap sebuah lori di Jalan Machang-Jeli.

Katanya, melalui penahanan itu JKDM Kelantan turut menahan seorang pemandu dan kelindan lori tersebut.

“Melalui rampasan itu JKDM Kelantan turut dirampas sebuah lori jenis Hicom yang dianggarkan bernilai RM50,000 dan menahan pemandu dan kelindan lori tersebut. Kedua-dua suspek yang ditahan adalah berumur sekitar 30 tahun.

“Mereka bagaimanapun mengunakan modus operandi dengan membawa masuk barang tersebut melalui Sungai Golok menggunakan sampan atau motor bot sebelum dimuatkan menggunakan lori untuk diedarkan ke pasaran tempatan.

“Siasatan awal juga mendapati, tembakau kering ini akan dihantar ke negeri Perak untuk pasaran di sana,” katanya pada sidang media yang diadakan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 135 (1) (iii) (aa) Akta Kastam 1967.

Bagaimanapun Wan Jamal berkata, orang ramai turut digesa memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan kepada pihak JKDM bagi memerangi jenayah penyeludupan.

Related Posts

Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

TAWAU – Sistem pengurusan hospital di negeri ini terus diperkemas bagi menangani isu kesesakan pesakit serta mengurangkan tempoh menunggu untuk mendapatkan rawatan, sekali gus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

SHAH ALAM – Selangor akan melaksanakan penutupan sekolah, tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, selaras dengan ketetapan pihak berkuasa. Exco Kesihatan Awam dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

  • By Fatin
  • September 7, 2026
Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200