Islam larang hina, persenda agama lain – IKIM

PUTRAJAYA – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menegaskan bahawa perbuatan mempersendakan atau menghina agama lain bukan sahaja dilarang di sisi Islam, malah ia juga tidak beretika dan boleh menjejaskan keharmonian sosial.

Ketua Pengarah IKIM, Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, setiap agama mempunyai nilai dan prinsip yang dihormati oleh penganutnya justeru sebagai masyarakat yang majmuk, kita perlu saling menghormati dan memahami kepelbagaian ini sebagai kekuatan yang menyatukan, bukan memecahbelahkan.

Menurutnya, rakyat Malaysia perlu bersama-sama memelihara keharmonian dan keamanan negara dan menjadikan media sosial sebagai platform yang positif, membina dan menyatukan, bukan sebaliknya, Allah berfirman, mafhumnya:

“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan, (Surah Al-An’am, 6:108),” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

IKIM turut menasihatkan agar setiap individu perlu memahami bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai agama dan budaya di mana menghormati kepercayaan orang lain adalah asas kepada kehidupan yang harmoni.

“Jangan sekali-kali menggunakan media sosial untuk menyebarkan kandungan yang bersifat provokatif, menghina, atau mempersendakan agama lain. Perbuatan ini bukan sahaja menyakiti hati penganut agama berkenaan, malah boleh mencetuskan ketegangan sosial.

“Sebelum berkongsi atau menulis sesuatu di media sosial, fikirkan kesannya terhadap orang lain. Adakah kandungan tersebut boleh menyinggung perasaan atau menjejaskan keharmonian masyarakat?

“Toleransi bukan sekadar sikap bertolak-ansur, tetapi juga menghargai dan memahami perbezaan. Jadilah masyarakat yang peka dan prihatin terhadap sensitiviti agama dan budaya,” katanya.

Tambahnya, orang ramai juga dinasihatkan supaya melaporkan kepada pihak berkuasa berkenaan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atau platform media sosial berkenaan sekiranya menemui kandungan yang menghina atau mempersendakan agama di media sosial.

“Mari kita menjadi masyarakat yang peka, bertanggungjawab dan saling menghormati demi masa depan Malaysia yang lebih baik,” ujarnya.

Related Posts

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

PUTRAJAYA – Pemuktamadan jajaran sempadan darat antara Malaysia dan Indonesia menyaksikan negara ini memperoleh tambahan wilayah kira-kira 785 hektar menerusi penyelesaian teknikal yang dimeterai kedua-dua pihak. Menteri Sumber Asli dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

UMNO timbang gerak solo PRN Melaka

UMNO timbang gerak solo PRN Melaka

Peralihan biodiesel B10 ke B15 boleh dilaksana tanpa ganggu operasi sedia ada

Peralihan biodiesel B10 ke B15 boleh dilaksana tanpa ganggu operasi sedia ada