Maritim Tawau tahan dua juragan, bawa barang subsidi tanpa permit ke negara jiran

TAWAU – Tindakan pantas Maritim Tawau berjaya mematahkan cubaan dua juragan bot kargo membawa barang bersubsidi tanpa permit sah dipercayai ke negara jiran dalam dua operasi berasingan, Selasa lepas.

Pengarah Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, kejayaan kedua-dua kes itu merupakan hasil risikan berterusan dan operasi penguatkuasaan yang diperketatkan bagi membanteras penyeludupan barang kawalan terutamanya menjelang musim perayaan.

Beliau berkata, tangkapan pertama dibuat ke atas lelaki tempatan berumur 32 tahun pukul 5.40 petang di kedudukan 1.7 batu nautika selatan Batu Tiga.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bot kargo menemukan 415 pek beras, 80 karton gula pasir, 19 kotak tepung gandum dan tujuh kotak minyak masak tanpa dokumen sah.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Akta Kawalan Padi dan Beras 1994,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Sementara itu, Sharizan berkata, tangkapan kedua dibuat di kedudukan 1.6 batu nautika selatan Kuala Sungai Tawau pukul 11.30 malam selepas bot kargo terbabit dikesan memecut laju ke arah perairan Pulau Sebatik.

“Hasil pemeriksaan, juragan lelaki tempatan berusia 35 tahun didapati membawa 50 tong gas LPG serta 65 pek beras anggaran 10 kilogram selain nama juragan tidak tersenarai dalam lesen operasi bot tersebut.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 serta Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002.

“Nilai rampasan kedua-dua bot kargo termasuk enjin dianggarkan hampir RM126, 000,” katanya.

Tegas Shahrizan, pihaknya akan terus memperketat kawalan dan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang aktiviti penyeludupan di perairan Timur Sabah (ESSZONE), sekali gus memastikan kedaulatan perairan negara terpelihara.

“Sebarang maklumat berkaitan jenayah maritim boleh disalurkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Tawau dengan menghubungi talian 089-752116 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera,” ujarnya.

Related Posts

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

KANGAR – Kewujudan elemen promosi platform perjudian dalam aktiviti sukan di negeri ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya melibatkan golongan belia. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis, Saiful Fariddil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

MIRI – Gara-gara terpedaya dengan kata-kata manis seorang kenalan lelaki di aplikasi TikTok, seorang pesara swasta wanita berputih mata selepas kerugian RM1,173,700 akibat menjadi mangsa ‘Love Scam’. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’