Agong, Permaisuri zahir penghargaan untuk wira negara

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan negara atas jasa, khidmat dan bakti mereka melindungi kedaulatan tanah air.

Turut berkenan menzahirkan penghargaan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu ialah Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara dan pemerintah tertinggi ATM, juga berkenan menzahirkan sanjungan tinggi terhadap pengorbanan wira negara yang menjaga keamanan serta ketenteraman tanpa mengira masa.

“Terima kasih perwira negara. Jasa dan bakti anda akan sentiasa dikenang,” titah Seri Paduka berdua dalam hantaran melalui Facebook yang dimuat naik sempena sambutan Hari Pahlawan, hari ini.

Baginda berdua juga menzahirkan ucapan takziah kepada pahlawan dan perwira tanah air yang terkorban ketika bertugas.

“Semoga roh mereka yang beragama Islam sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” titah Seri Paduka.

Related Posts

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu mempergiat usaha memperkukuh sektor pertanian dan perladangan bagi memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara susulan krisis tenaga global yang semakin meruncing. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Masjid Al-Azim Debak rasmi dibuka, perkukuh pembangunan ummah setempat

Masjid Al-Azim Debak rasmi dibuka, perkukuh pembangunan ummah setempat

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara