Kebakaran di Kg Cempaka Likas musnahkan 50 rumah setinggan

KOTA KINABALU – Sejumlah 50 buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Cempaka Likas, di sini pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada pukul 5.41 pagi.

Katanya, kebakaran itu melibatkan anggaran 50 buah rumah setinggan jenis tidak kekal yang setiap rumah membabitkan keluasan 10×20 kaki persegi.

“Makluman dari ketua operasi, tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut dan pusat sehenti pasca insiden (PSPI) dibuka untuk mendapatkan info maklumat keluarga dan rumah yang terlibat.

“Operasi pemadaman dilakukan oleh pasukan bomba dari BBP Lintas dengan menggunakan satu aliran 400 kaki, dua pancutan pam angkut zigler dari sumber air terbuka iaitu sungai berdekatan.

“Manakala pasukan BBP Kota Kinabalu menggunakan kaedah satu aliran, tiga pancutan, ‘relay pumping’ pili bomba 500 kaki ke tangki air, tangki air 100 kaki ke jentera ‘Fire Rescue Tender’ (FRT) dan FRT 300 kaki untuk tiga pancutan (Nozel),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Agustavia, seramai 11 anggota BBP Lintas digerakkan ke lokasi dan dibantu oleh 16 anggota BBP Kota Kinabalu, tiba di lokasi pada pukul 5.58 pagi dalam jarak lima kilometer bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Turut bertugas di lokasi terbabit ialah agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Electricity, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Air Negeri Sabah,” katanya.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar