Amirudin pilih pertahan jawatan Naib Presiden PKR

PUTRAJAYA – Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti itu yang dijadual berlangsung 24 Mei ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira faktor kestabilan parti sebagai antara komponen utama Kerajaan Perpaduan.

“Sebab itu, saya berpendirian kita harus terus menyusun kekuatan demi untuk pastikan Selangor jitu.

“Kalau Selangor sudah jitu dan padu, insya-Allah negeri lain juga akan jitu dan padu. Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) berdiri dengan sokongan 100 peratus kita semua tanpa ada belah bahagi.

“… demi memikir itu, saya yakin Perdana Menteri harus dapat sokongan terus daripada Datuk Seri Rafizi Ramli selaku Timbalan Presiden dan saya akan terus berdiri selaku Naib Presiden kerana kita kena jadi satu suara yang kuat dan padu untuk maju,” katanya menurut laporan Bernama.

Amirudin berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Selangor di Shah Alam, malam tadi.

Mesyuarat dirasmikan Anwar dan turut dihadiri Rafizi, Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek, Ketua AMK, Adam Adli dan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.

Rafizi dalam ucapannya pula mahu setiap ahli parti memainkan peranan mematahkan tohmahan dilemparkan pihak pembangkang kepada kerajaan, sekali gus memastikan setiap dasar atau inisiatif dapat dilaksanakan dengan lancar.

Beliau berkata, PKR sebagai sebuah parti harus berada dalam keadaan ofensif berbanding defensif dengan memperbanyakkan kandungan digital bagi tujuan berkenaan.

Related Posts

Pelantikan Timbalan Exco bongkar nafsu kuasa di sebalik ‘penyatuan Melayu’ – Omar

BELUM reda kemelut pemilihan Menteri Besar, politik Negeri Sembilan kini sedang bergolak susulan syor kerajaan negeri mewujudkan jawatan Timbalan Exco bagi membantu pentadbiran. Penganalisa politik, Omar Mat Noor menyifatkan perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR yakin Kerajaan MADANI kekal stabil, tolak cadangan bubar Parlimen jika DAP keluar Kabinet

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan pentadbiran Kerajaan MADANI kekal kukuh dan mampu menamatkan penggal penuh, sekali gus menolak cadangan supaya Parlimen dibubarkan sekiranya DAP menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Persekutuan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak