MB Johor beri amaran kontraktor patuhi tempoh masa projek kerajaan negeri

JOHOR BAHRU – Semua kontraktor yang dipertangggungjawabkan ke atas pelaksanaan projek milik Kerajaan Negeri diberi amaran keras agar patuh dengan ketetapan masa ditetapkan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata pihak berwajib tidak seharusnya mengambil mudah dengan sengaja melewatkan tugasan sesebuah projek itu tanpa alasan kukuh atau kebenaran.

“Kerajaan Negeri mengambil serius setiap projek pembangunan di negeri Johor. Saya tegaskan bahawa setiap projek yang dilaksanakan mesti mengikut garis masa yang telah ditetapkan kerana ia melibatkan kesejahteraan seluruh Bangsa Johor.

“Saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menyiapkan kerja mengikut Petunjul Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan tanpa sebarang kelewatan.

“Saya akan terus memantau perkembangan projek ini dan memastikan semua pihak yang terlibat memainkan peranan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di Facebook hari ini selepas membuat tinjauan di projek Rumah Pesona Johor (RPJ), Jalan Petri, di sini, hari ini.

Terdahulu, projek yang telah bermula sejak Februari 2023 itu dijangka beroperasi Jun tahun lalu, namun sehingga kini ia masih gagal disiapkan meskipun telah melepasi tarikh ditetapkan.

“Saya amat kecewa dengan perkembangan projek Rumah Pesona Johor (RPJ) yang sepatutnya siap tahun lalu tetapi mengalami kelewatan.

“Untuk makluman, RPJ merupakan pusat perlindungan sementara kepada wanita mangsa keganasan rumah tangga yang bukan sahaja memberi tempat tinggal sementara tetapi juga sokongan sosial dan psikologi kepada wanita yang mengalami krisis dalam hidup mereka. Ia adalah satu inisiatif Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT).

“Saya bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Khairin-Nisa Ismail telah turun padang untuk meninjau sendiri perkembangan projek RPJ.,” katanya.

Susulan perkara itu, beliau telah mengarahkan syarikat kontraktor dilantik untuk lebih proaktif dalam memastikan perkembangan projek mengikut garis masa yang telah ditetapkan selain melaporkan kemajuan kerja kepada Kerajaan Negeri secara berkala.

“Saya berharap agar RPJ ini dapat menjadi satu institusi yang benar-benar mampu memberi perlindungan dan harapan baharu kepada golongan wanita yang memerlukan sokongan,” katanya.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri