Mamak rangkaian PRESMA tawar diskaun 30 sen jika beli minuman kurang, tanpa gula

PUTRAJAYA- Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat untuk mengamalkan pengambilan minuman kurang atau tanpa gula di 12,000 rangkaian restoran Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) untuk mereka menikmati pengurangan harga 30 sen setiap gelas.

Perdana Menteri berkata, tawaran dan inisiatif itu bukan hanya menjimatkan pengguna, tetapi juga membudayakan amalan hidup sihat, tanpa perlu mengambil gula berlebihan.

“Kurang 30 sen, kurang gula harga turun. Sekarang ini ada gula, tiada gula, kadang-kadang harga sama, jadi dia bezakan.

“Jadi kita kempen (untuk ambil minuman) kurang gula,” katanya ditemui media pada Majlis Peletakan Logo Malaysia Madani di rangkaian Restoran Nasi Kandar Putrajaya (Singgah Madani), di sini, pada Jumaat.

Terdahulu, kerajaan memperkenalkan kempen ‘Kurang Gula, Kurang Harga’ bagi mempertingkat kesedaran rakyat mengenai kepentingan amalan pemakanan sihat melalui pengurangan pengambilan gula dalam diet harian.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh sebelum ini berkata, beliau telah mengadakan sesi libat urus bersama persatuan restoran dan wakil industri, hari ini, untuk merangka kempen berkenaan.

Antara yang terbabit dalam sesi libat urus itu ialah Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Am Jelasnya, Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA) serta Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA).

Fuziah menegaskan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) prihatin terhadap laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 yang mendapati satu daripada enam individu dewasa atau 15.6 peratus populasi dewasa di negara ini didiagnoskan sebagai penghidap penyakit diabetes.

Sehubungan itu, beliau berkata, KPDN komited mengusahakan langkah preventif, bermula dari peringkat pengguna dan pengusaha makanan bermasak.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James