Mansuh SJKC pemikiran sempit, tidak berasas

PUTRAJAYA – Cadangan menutup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) disifatkan tidak masuk akal dan mencerminkan pemikiran yang sempit selain tidak mengambil kira fakta dan realiti pendidikan di Malaysia.

Exco Pemuda MCA Johor, Dr Chua Ching Hao berkata,  cadangan itu juga dilihat tidak berasas dan mengabaikan sumbangan institusi itu dalam sistem pendidikan negara.

Jelasnya, SJKC telah melahirkan ramai masyarakat Malaysia yang berjaya dalam pelbagai bidang, termasuk beberapa pemimpin UMNO sendiri.

“Sebagai contoh, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO seperti ADUN Mahkota, Syed Hussein, dan ADUN Bukit Permai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor adalah bekas pelajar SJKC.

“Kejayaan mereka membuktikan bahawa pendidikan vernakular tidak menghalang perpaduan atau kejayaan individu,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Ching Hao memaklumkan, SJKC bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan akademik negara tetapi juga membantu melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing dengan kemahiran pelbagai bahasa.

Sehubungan itu, katanya, daripada mencadangkan sesuatu yang tidak berasaskan fakta, lebih baik pemimpin memberi tumpuan dalam memperkukuhkan sistem pendidikan negara secara holistik.

“Keutamaan kita adalah memastikan semua pelajar Malaysia mendapat akses kepada pendidikan berkualiti, bukannya menjadikan isu pendidikan sebagai alat politik.

“Justeru, saya menggesa pihak yang mempertikaikan pendidikan vernakular supaya mengkaji fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan cadangan yang boleh mencetuskan ketegangan dan mengelirukan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal semalam melaporkan Pemuda UMNO melontarkan cadangan kepada pihak-pihak yang membicarakan soal perpaduan negara dengan idea supaya sekolah vernakular dimansuhkan jika sejarah semua kaum diajar bermula di sekolah rendah.

Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Zuhir Ghazali berkata, jika cadangan pembelajaran sejarah semua kaum benar-benar ikhlas bertujuan untuk memupuk perpaduan, maka begitu juga dengan silibus sekolah vernakular perlu ada kesepaduan.

Related Posts

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

KUCHING – Peruntukan RM1.5 bilion bagi bantuan orang kurang upaya (OKU) serta penambahbaikan sokongan pendidikan khas dalam Belanjawan 2027 mencerminkan komitmen kerajaan memastikan golongan itu dan keluarga mereka terus mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan perintah penangguhan sementara terhadap notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga permohonan semakan kehakiman didengar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari