MCMC banteras 18,192 kandungan, iklan jelik sejak 2022

KUALA LUMPUR – Sebanyak 18,192 kandungan bersifat jelik, termasuk iklan di platform media sosial sudah diturunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2022 sehingga 15 Januari lalu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sejumlah 40 laman sesawang juga sudah disekat hasil maklumat dan aduan yang diterima daripada orang awam.

Dalam tempoh sama, tegasnya, sejumlah 5,026 laman sesawang judi dalam talian disekat, manakala 216,085 kandungan bagi perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan internet.

“Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) komited melaksanakan pemantauan proaktif dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kandungan dalam talian yang dikenal pasti bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik yang melanggar peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia1998 [Akta 588].

“MCMC turut memberikan kerjasama kepada agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari segi penurunan kandungan media sosial, sekatan laman sesawang dan bantuan teknikal seperti pembekalan maklumat dan analisis forensik digital bagi mempercepatkan proses siasatan kesalahan perjudian dalam talian di bawah peruntukan Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 [Akta 289],” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan lisan bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli yang menyatakan apakah terdapat sebarang bentuk kawalan atau pemantauan ke atas iklan-iklan yang ditayangkan di platform seperti Facebook, Tiktok, Instagram dan Youtube yang bersifat jelik selain mempromosikan aktiviti perjudian atas talian.

Mengulas berkenaan Jelah Kempen Keselamatan Dalam Talian, Fahmi memaklumkan, program yang telah dimulakan pada 21 Januari lalu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu bertujuan meningkatkan tahap kesedaran mengenai keselamatan dalam talian serta bagi mengelakkan orang ramai menjadi mangsa penipuan dan jenayah atas talian.

“Jelajah kempen itu akan diadakan di seluruh negara dengan pengisian pelbagai program yang menyasarkan seluruh lapisan masyarakat, dengan memanfaatkan kesemua platform media seperti media sosial, media penyiaran dan media luaran.

“Isu-isu yang menjadi fokus utama kempen ini termasuk isu penipuan, had umur pengguna media sosial, buli siber dan perjudian dalam talian,” katanya.

Related Posts

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO raih lonjakan keahlian baharu hampir 14,000 orang

KUALA LUMPUR – UMNO mencatatkan peningkatan ketara keahlian apabila seramai 13,954 individu menyertai parti itu melalui sistem pendaftaran dalam talian sejak diperkenalkan pada 22 April lalu. Setiausaha Agungnya, Datuk Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

‎UMNO 80 tahun: Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

‎UMNO 80 tahun:  Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎