Individu muat naik kandungan palsu Agong, ditahan gagal hadir mahkamah

KUALA LUMPUR  – Seorang individu ditahan selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan atas kesalahan memuat naik kandungan palsu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi satu kenyataan memaklumkan, kandungan bersifat palsu mengaitkan YDP Agong dan Majlis Raja-Raja itu dibuat menerusi laman Facebook milik individu terbabit.

Menurutnya, tangkapan ke atas suspek dibuat di Kuala Lumpur pada pukul 11:00 malam, Isnin dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, sejurus selepas waran tangkap dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Sesyen Sepang.

“Individu berkenaan gagal hadir ke sebutan kes yang ditetapkan di mahkamah tersebut pada 24 Februari 2025.

“Suspek yang kini dalam tahanan PDRM akan dihadapkan semula ke mahkamah sama dalam masa terdekat,” ujarnya.

Jelasnya, individu terbabit didakwa di bawah seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

Related Posts

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Masyarakat dinasihatkan supaya mengamalkan prinsip tabayyun atau menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi sesuatu berita bagi mengelakkan penularan maklumat palsu yang boleh menjejaskan keharmonian serta kestabilan negara. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei