Polis siasat kereta dipandu melulu hingga kemalangan di Genting

POLIS membuka kertas siasatan susulan video tular di media sosial berhubung kejadian sebuah kereta dipandu lelaki secara melulu sebelum terbabas di Genting Highlands dekat Bentong, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pemandu kereta berusia 27 tahun itu sudah membuat laporan polis pada 11.05 pagi semalam di Balai Polis Goh Tong Jaya.

Beliau berkata, lelaki itu memaklumkan kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di kilometer (KM) 14.7 ketika menghala naik ke Genting Highlands.

Katanya, turut tular satu video berdurasi 12 saat di Tiktok menunjukkan kereta itu dipandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.

“Tindakan pemandu berkenaan adalah berbahaya kepada pengguna jalan raya lain.

“Polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong sudah menghubungi pemandu berkenaan untuk tampil memberi keterangan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Zaiham berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mana-mana pihak yang melihat kejadian itu diminta untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Polis Bentong juga akan mengambil tindakan tegas serta akan mengadakan operasi secara berterusan bagi memastikan lokasi dan laluan berkenaan tidak dijadikan seperti litar lumba oleh pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab,” tegasnya.

Related Posts

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

BENTONG – Kerajaan Pahang menegaskan bahawa tiada perkhidmatan ejen atau orang tengah dilantik bagi menguruskan permohonan geran usahawan yang disediakan kerajaan negeri. Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan negeri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti