Reezal hargai pengiktirafan terhadap Masjid Al-Jamiul Badawi

KEPALA BATAS – ADUN Bertam, Dato Seri Reezal Merican Naina Merican menzahirkan ucapan tahniah kepada Jawatankuasa Qaryah Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas, di bawah pimpinan Pengerusinya, Dato’ Hj. Shariful Azhar Othman, yang telah menerima liputan dalam media utama berkenaan pengurusan kubur bertingkat yang dilaksanakan sejak 23 tahun lalu.

Malah, ia bukan sahaja menjadi rujukan utama masjid-masjid di Pulau Pinang, tetapi turut mendapat perhatian dari seluruh negara termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, dan Sarawak.

“Pengurusan ini turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak seperti JAKIM serta Majlis Perbandaran dan masjid-masjid di negeri berkenaan.” Ujar beliau.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa pengurusan kubur bertingkat yang dijalankan di masjid ini bertujuan untuk mengoptimumkan ruang tanah perkuburan dengan cara yang teratur dan memberi manfaat kepada umat Islam yang memerlukannya.

Beliau berbangga kerana Masjid Al-Jamiul Badawi yang berada di kawasannya selaku wakil rakyat terus memberi sumbangan besar dalam memperkasa pengurusan tanah perkuburan di Malaysia dan menjadi contoh terbaik kepada masjid-masjid lain di seluruh negara.

“Ini adalah pengiktirafan yang baik untuk warga Bertam dan Kepala Batas” Tambahnya.

Related Posts

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan kesahihan senarai nama individu yang tular di media sosial yang didakwa sebagai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.   Ketua Penerangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

TAWAU – Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK) membawakan Festival Komuniti Havoc di Tawau dan Kota Kinabalu menerusi tayangan skrin besar sempena Piala Dunia FIFA 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak  – Abdul Karim

Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

Tanggungjawab bangun kawasan luar bandar tugas rentas Kementerian

Tanggungjawab bangun kawasan luar bandar tugas rentas Kementerian

Guna pangkalan haram selepas cop pasport, lelaki Thailand ditahan

Guna pangkalan haram selepas cop pasport, lelaki Thailand ditahan

Pembedahan pisahkan kembar siam Pygopagus berjaya, bayi kini stabil

Pembedahan pisahkan kembar siam Pygopagus berjaya, bayi kini stabil

Gagal kemuka dokumen sah, enam kru bot tunda ditahan di perairan Bintulu

Gagal kemuka dokumen sah, enam kru bot tunda ditahan di perairan Bintulu