Malaysia mampu jadi contoh negara ASEAN melalui Malaysia Madani

KOTA KINABALU – Penasihat Khas Menteri Luar Negeri (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman menyifatkan hubungan baik negara dan Afghanistan adalah suatu kejayaan yang mampu menjadikan Malaysia sebagai contoh kepada negara dalam Association of Southeast Asian Nations (ASEAN).

Katanya, hasrat negara berkenaan yang mahu belajar daripada Malaysia merupakan suatu pengiktirafan dan mampu membuka mata kepada negara-negara lain.

“Jika Afghanistan boleh melihat Malaysia sebagai model, ini merupakan satu kejayaan. 

“Sedangkan Afghanistan itu digambarkan serba jelik, zalim, ganas dan sebagainya, itu naratif media Barat dan kita selalu lupa Afghanistan ini ialah pejuang kemerdekaan.

“Jadi bila datang ke Malaysia untuk belajar, ini pengiktirafan buat Malaysia, jangan anggap kita mahu ikut Taliban. Kita patut berbangga, dan memperbanyakkan hubungan kerana ini mampu membuka mata negara lain untuk belajar daripada pengalaman kita,” katanya.

Beliau demikian ketika ditemui media di Program Seminar Fiqh Kenegaraan Malaysia Madani, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Selasa.

Menurut beliau, Malaysia mampu menjadi contoh di peringkat dunia dengan mengamalkan konsep Malaysia Madani.

“Jadi dalam suasana yang berlaku di masa ini, suasana identiti ras, suasana nasionalisme yang sedang dibawa oleh negara barat, kebencian kepada orang asing, tiba-tiba Malaysia mengambil pendekatan inklusif, iaitu kasih sayang, orang akan tertarik kepada Malaysia.

“Mereka berminat untuk bersama-sama dengan Malaysia. Jadi ini merupakan suatu kesempatan yang terbaik, menjayakan Malaysia Madani  bermakna menjayakan Malaysia sebagai model di ASEAN, model di mata dunia,” katanya lagi.

Sementara itu beliau juga menjelaskan naratif kebencian berdasarkan ras dan nilai agama itu harus dihentikan segera.

“Tidak boleh bagi ruang untuk kebencian ini, jika masih lagi mendominasi pemikiran masyarakat, lama lagi Malaysia Madani akan tercapai, jadi bergantung dengan menghentikan segala naratif yang bagi saya bersifat membarah.

“Akhir-akhir ini isu ras dan agama sering dijadikan isu politik, ini berbahaya. Ini anti Malaysia Madani dan harus disekat daripada berkembang, serta tidak boleh dijadikan bahan politik,” katanya.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

SANDAKAN – Kerajaan akan memberi keutamaan kepada warganegara dalam pelaksanaan bantuan kepada mangsa terjejas bencana kebakaran, namun aspek kemanusiaan tetap diutamakan tanpa mengira status, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti