Malaysia Madani universal, jalan terbaik capai kedamaian negara majmuk

KOTA KINABALU – Malaysia Madani menerapkan konsep yang bersifat universal, merupakan jalan terbaik bagi mencapai kedamaian khususnya buat rakyat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

Penasihat Khas Menteri Luar Negeri (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, Malaysia Madani merujuk kepada Madinah yang merupakan suatu inisiatif yang membetulkan persepsi tidak betul dalam kalangan umat Islam, mahupun bukan Islam.

“Masyarakat Islam dan bukan Islam harus bersedia untuk mendengar, membuka hati dan juga minda bahawa inilah jalan terbaik untuk keamanan negara kita bukan cara yang lain.

“Sebab dalam Malaysia Madani, konsep ni jelas untuk hidup bersama. Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan itulah nilai-nilai universal yang merangkumi semua bukan hanya untuk orang Islam.

“Jadi masalahnya sekarang ialah masalah pemikiran, masalah persepsi bahawa kalau sebut Islam, itu hanya untuk orang Islam, sebut Islam, berakhir dengan keganasan, ini naratif media Barat, naratif penjajahan,” katanya yang juga Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan pidato di Program Seminar Fiqh Kenegaraan Malaysia Madani, di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Selasa.

Sehubungan itu, jelasnya konsep masjid adalah baik jika diperluaskan, bagi memberi pendedahan sebenar tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam khususnya.

“Masjid di zaman Rasulullah SAW adalah pusat pentadbiran tapi bukan untuk pusat pentadbiran orang Islam, ia adalah untuk masyarakat di Madinah yang ada Muslim dan juga ‘non-Muslim’.

“Jadi kerana itu saya berpandangan bahawa yang mengurus masjid di masa ini, mesti ada ahli jawatankuasa yang menguasai ilmu kepelbagaian agama termasuk bahasa, ilmu psikologi masyarakat dan ilmu sosial.

“Ini penting, selain daripada masjid hanya untuk gunakan ibadah khusus tapi masjid itu juga harus bersedia menerima mereka yang datang daripada pelbagai latar belakang agama dan mampu untuk berinteraksi, bukan setakat mereka datang ke masjid, kemudian pegawainya tak tahu berinteraksi.

“Kalau dia tidak tahu tentang kepelbagaian agama, bagaimana dia nak berbincang? Jadi akhirnya kerana tidak tahu, kita menganggap mereka itu perlu kita musuhi, sedangkan Malaysia Madani mahu melunturkan pemikiran-pemikiran pemisah dan menarik titik kebersamaan,” ujarnya.

Tambahnya, Islam juga mengajarkan ‘Taaruf’, ‘Tafahum’ dan ‘Takaful’ yang memberi pendekatan sesuai untuk menyatupadukan kepelbagaian dalam negara.

“Jadi jangan menganggap pelbagai ras itu sebagai masalah, itu bukan satu masalah. Al-Quran menyebut untuk ‘taaruf’ iaitu berkenalan-kenalan.

“Tafahum, memahami, bila suda kenal, boleh saling memahami dan kemudian Takaful, boleh bekerjasama. Jadi ingat tiga T, iaitu ‘Ta’aruf’, ‘Tafahum’ dan ‘Takaful’ ialah asas kepada masyarakat ini,” katanya lagi.

Related Posts

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

KUALA LUMPUR – Datuk Azrin Khairi hari ini dimasyhurkan sebagai Undang Luak Jelebu ke-17 menerusi Istiadat Menghadap di Istana Besar Seri Menanti, di sini, yang disempurnakan Yang di-Pertuan Besar Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

RANAU – Polis menjalankan siasatan berhubung video sekumpulan remaja membaling batu ke arah seorang pelancong warga Itali ketika berehat di Padang Kampung Lohan, Ranau. Ketua Polis Daerah Ranau, Superintenden Mursalin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

50 peserta kuasai kemahiran pemprosesan nanas, mampu jana sumber pendapatan baharu

50 peserta kuasai kemahiran pemprosesan nanas, mampu jana sumber pendapatan baharu

Infrastruktur, mitigasi banjir jadi keutamaan pembangunan Bukit Assek

Infrastruktur, mitigasi banjir jadi keutamaan pembangunan Bukit Assek

KSN mahu reformasi birokrasi dipercepat, RM5.79 juta dijimat menerusi ‘paperless’

KSN mahu reformasi birokrasi dipercepat, RM5.79 juta dijimat menerusi ‘paperless’

Belanjawan 2027 perlu dilaksana segera, impak rakyat jadi keutamaan – Shamsul Azri

Belanjawan 2027  perlu dilaksana segera, impak rakyat jadi keutamaan – Shamsul Azri