Pelajar Felda Jengka 24 terima sumbangan IM Pahang

KUANTAN – Seramai 25 pelajar dari Sekolah Menengah Felda Jengka 24, dekat Jerantut, menerima sumbangan daripada Kerajaan Pahang, hari ini.

Sumbangan itu adalah menerusi Program Tunas Makmur di bawah Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang) 2025.

Penyampaian sumbangan dilakukan di Dewan Utama sekolah berkenaan oleh Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lantikan Pahang, Haris Salleh Hamzah.

Melalui sumbangan itu, pelajar terbabit menerima beg sekolah serta peralatan bagi sesi persekolahan mereka.

Razak dalam ucapannya berkata, sumbangan kerajaan Pahang itu adalah bukti jelas betapa kerajaan negeri sangat cakna dengan murid dan pelajar sekolah di Pahang.

“Sudah pasti sumbangan disampaikan sebagai tanda kasih kerajaan Pahang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kepada semua anak Pahang.

“Semoga melalui sumbangan ini juga dapat menyuntik semangat kepada murid dan pelajar untuk terus berusaha bersungguh-sungguh dan memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran,” katanya.

Program Tunas Makmur IM Pahang dilancarkan Wan Rosdy pada Januari lalu dengan peruntukan RM9 juta.

Melalui program itu, seramai 250,000 menerima manfaat dalam meringankan bebanan ibu bapa menyediakan persiapan sekolah anak-anak mereka.

Selain pelajar Sekolah Menengah Felda Jengka 24, turut menerima sumbangan sama hari ini adalah seramai 66 murid dari Sekolah Rendah Felda Jengka 24.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan