Tiada DNA babi dalam sandwich ham

PUTRAJAYA – Jabatan Kimia mengesahkan bahawa tiada unsur asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir dalam semua sampel setiap perisa sandwic yang didapati menyalah guna logo halal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu disahkan Jabatan Kimia sebagai pihak berautoriti berkaitan isu berkenaan.

“Ada pihak yang bertanya tentang isu DNA Porcine dan sebagainya, laporan dari Jabatan Kimia pihak yang berwibawa dan berautoriti.

“Saya ingin sahkan walaupun kita boleh tengok daripada pendakwaan tersebut tidak ada dakwaan dibuat kerana Jabatan Kimia telahpun mengesahkan bahawa tidak ada DNA Porcine babi dalam semua sampel, semua jenis perisa tersebut,” katanya selepas Program Sentuhan Kasih, Jualan Rahmah Madani dan Advokasi Kepenggunaan di Bandar Ramai-Ramai, di Sandakan, Sabah.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat memahami bahawa pendakwaan siasatan dilakukan dengan telus dan ia dirujuk kepada pihak berautoriti.

“Maka kita segerakan pendakwaan atas kesalahan pelanggaran kepada dua perundangan tersebut dan saya juga berharap bahawa semua pihak mengambil tindakan serius.

“Maksudnya di sini perlu untuk memastikan penggunaan logo halal diperakui agensi berwajib iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Ini bukan isu yang kita boleh ambil ringan dan kita selaku penguat kuasa, walaupun kita bukanlah pengeluar logo halal itu tetapi kita membantu akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang kesalahan dan kita alu-alukan juga laporan serta aduan daripada semua pihak,” katanya.

Beliau sebelum itu menolak dakwaan bahawa tindakan lambat diambil pihak KPDN sebaliknya dalam tempoh singkat telah berjaya melakukan pendakwaan terhadap syarikat berkaitan.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK