Rumah kampung terbiar jadi sarang judi?

ALOR GAJAH – Rumah kampung terbiar di beberapa kawasan perkampungan di sini dilaporkan menjadi markas kegiatan judi dalam talian.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, susulan itu pihaknya telah meningkatkan pemantauan di lokasi tersebut dari semasa ke semasa khususnya di sekitar daerah Alor Gajah.

“Kita juga ada lakukan serbuan di sebuah rumah kampung kira-kira pukul 5.15 pagi Sabtu lalu, namun didapati premis tersebut kosong.

“Bagaimanapun, pihak polis akan terus membuat pemantauan di lokasi ini susulan dakwaan mengatakan ia menjadi premis judi online,” katanya.

Sejak semalam, tular satu hantaran di media sosial Facebook mendakwa terdapat pergerakan mencurigakan dipercayai sindiket judi dalam talian di beberapa buah rumah kampung di daerah itu.

Beberapa lokasi lain turut didakwa menjalankan jenayah yang sama termasuk bangunan rumah kedai dan restoran tomyam sekitar Masjid Tanah.

Related Posts

Dua kenderaan bertembung, dua maut

KUANTAN – Dua maut manakala seorang dilaporkan cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Gambang–Maran berhampiran simpang Kampung Paya Rambutan dekat sini, tengah hari tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan