Masalah air: 50,000 akaun pengguna di Tapah, Bidor dan Teluk Intan dijangka pulih berperingkat mulai esok

IPOH – Exco Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memaklumkan bahawa gangguan bekalan air melibatkan 50,000 akaun pengguna Lembaga Air Perak (LAP) di Tapah, Bidor dan Teluk Intan akan pulih secara berperingkat mulai esok.

Menurutnya, kerosakan bermula pada 4 Februari lalu berpunca daripada kebocoran saluran paip air mentah dari Intake (muka sauk) Batu 7 Sungai Woh yang menyalurkan air ke Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Temoh.

LAP juga ujarnya, telah mengeluarkan Notis Gangguan Bekalan pada 6 Februari lalu bagi melaksanakan kerja pencarian paip yang bocor dan telah mula melakukan kerja pembaikan pada hari sama.

Tambah beliau, peratusan pemulihan awal bekalan air di kawasan terjejas akan mencapai 50 peratus berasaskan kerja-kerja penyelenggaraan paip bocor yang dilakukan akibat kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya dekat Tapah.

“Buat masa ini, LAP menjalankan kerja-kerja pintasan (bypass) sepanjang 500 meter pada dua saluran paip di kawasan itu yang mengalirkan air mentah dari muka sauk Batu 7 Sungai Woh dan Batu 10 Sungai Batang Padang ke LRA Bukit Temoh.

“Saya menjangkakan sekiranya kerja-kerja baik pulih itu selesai hari ini, maka esok pagi bekalan air dapat disalurkan kepada sekurang-kurangnya 50 peratus pengguna yang terjejas.

“Baki 50 peratus daripada 50,000 pengguna akaun lagi bergantung kepada kerja-kerja tambahan lain yang dapat di selesaikan paling awal dua ke tiga hari lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Isnin.

Turut sama, Pengurus Besar LAP, Ir Lokman Abd Rahim dan Pengarah Negeri Wilayah Utara Cawangan Perak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Ir TS Mohd Zaidi Mohamad Saad.

Mengulas lanjut, Mohammad Nizar berkata, LAP juga telah mengaktifkan sistem bekalan air dari LRA Hilir Perak bagi menampung dan membantu bekalan air di sekitar Teluk Intan untuk mengurangkan kawasan gangguan.

Malah ujarnya, LAP telah menggerakkan 23 lori tangki termasuk bantuan daripada operator air negeri bagi membekalkan air secara bergerak di semua kawasan termasuk Hospital Tapah dan Hospital Teluk Intan.

“Kita memohon maaf kepada semua pengguna dan kerajaan negeri memberi jaminan akan melakukan sedaya upaya untuk memulihkan gangguan bekalan air ini secepat mungkin,” katanya.

Kawasan yang terlibat gangguan bekalan air ialah Tapah Road, Changkat Petai, Tanjung Keramat, Air Kuning, Sungai Kroh, Kampung Tersusun Air Kuning, Chenderong Kelubi, SMTD, Jalan Temoh Station, Temoh dan kawasan sekitarnya.

Selain itu, turut terlibat adalah di Mukim Sungai Manik, Mukim Labu Kubong, Langkap, Chui Chak, Kampung Air Hitam, Changkat Jong, Jalan Padang Tembak, Kampung Banjar, Kampung Bahagia, Kampung Selabak, Jalan Maharajalela, Jalan Sultan Abdullah, Pekan Teluk Intan dan kawasan sekitarnya.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

KUANTAN – Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 adalah antara langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur. Rata-rata usahawan ditemui Sinar Harian menyambut baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia