Keistimewaan Kedah gagal dimanfaatkan oleh kepimpinan Pas hari ini

SELEPAS hampir lima tahun negeri Jelapang Padi diperintah oleh Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Pas rakyat sudah mula bertanya sejauh mana kemajuan di negeri itu.

Sehingga kini tiada apa yang dapat dibanggakan malah boleh dikatakan Kedah semakin mundur tanpa pembangunan.

Sampai bila derita Kedah akan berlanjutan dan mampukah rakyatnya menanggung kesusahan itu?

Menurut Setiausaha Politik Kanan Presiden PKR, Datuk Romli Ishak berkata, jatuh dan bangunnya sesebuah negeri itu bergantung kepada kebijaksanaan pemimpinnya.

Katanya, hari ini rakyat di Kedah tidak banyak bercakap mengenai pembangunan kerana tiada apa yang dapat dibanggakan selama Pas memerintah negeri itu.

Sebenarnya Kedah banyak keistimewaannya malah ada lebih lagi ketimbang negeri jiran jika kita meninjau bentuk geografinya. Bagaimanapun kegagalan pemimpin hari ini memanfaatkannya menyebabkan Kedah kian terkebelakang.

“Kita bimbang jika fenomena ini berterusan rakyat yang akan menjadi mangsanya dan Pas hanya menunggang agama demi menawan hati pengundi sekali gus memiliki kuasa. Rakyat Kedah hari ini tidak perlu lagi bersandar kepada kepimpinan sekarang.

“Sudah sampai masanya rakyat Kedah perlu ke luar dari memberi sokongan kepada kepimpinan Pas hari ini. Mereka perlu melihat masa hadapan demi kemajuan anak cucu kita akan datang,” katanya yang juga bekas penasihat pelaburan di Negeri Sembilan.

Jelasnya lagi, semasa kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih Negeri Sembilan tiada apa yang dapat dibanggakan kerana bentuk geografi tidak banyak membantu kemajuan negeri itu.

Menurutnya, Negeri Sembilan mempunyai keluasan yang kecil berbanding dengan Kedah dan sektor pelancongannya tidaklah hebat. Ini menyebabkan kurangnya mendapat sambutan dalam kalangan pelancong sama ada dalam atau luar negara.

“Bagaimanapun semenjak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih di bawah kepimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun yang bijak banyak pembangunan dapat dilaksanakan dan boleh dibanggakan.

“Pada 2018 rizab negeri hanyalah sebanyak RM400,000 sahaja tetapi dengan kebijaksanaan kepimpinan barisan PH telah berjaya melonjak sehingga RM1 bilion.

“Ini bermakna kerajaan PH hari ini telah berjaya membawa ekonomi Negeri Sembilan berkembang jika dibandingkan dengan kepimpinan sebelum ini,” katanya.

Ini terbukti kejayaan kerajaan Darul Khusus hari ini mampu membayar bonus kepada kakitangan awamnya sebanyak dua bulan dan langsung tidak mengharapkan bantuan dari Kerajaan Pusat.

Walaupun Negeri Sembilan kurang sumber alamnya tetapi pemimpinnya hari ini berjaya meletakkan ekonomi negeri itu sangat membanggakan ketimbang negeri-negeri gabungan dari Perikatan Nasional (SG4) yang kian mundur.

Romli berkata, ini berbanding dengan Kedah yang mempunyai segala-galanya sama ada pertanian, pelancongan dan industri yang mampu meningkat rizab negeri itu.

Umumnya mengetahui Langkawi merupakan sebuah pusat pelancongan yang terkenal di seluruh dunia.

Sekiranya pemimpin hari ini mempunyai wawasan pasti pelancong dari luar negara akan datang lebih ramai lagi berbanding hari ini.

“Bagaimanapun hari ini impian kita untuk melihat Langkawi menjadi pusat pelancongan antara terhebat akhirnya tinggal impian apabila pelabur kian menarik diri. Pelabur kurang yakin dengan kepimpinan kerajaan hari ini dan mangsanya siapa lagi kalau tidak rakyat.

Sekiranya projek Langkasuka dapat diteruskan sudah pasti banyak peluang dapat diwujudkan dan anak Kedah tidak perlu lagi terpaksa berhijrah ke negeri lain,” ujarnya.

Selain mempunyai sumber pelancongan yang menarik, Kedah juga mempunyai kawasan industri Kulim Hi-Tech yang boleh menarik pelabur ke situ. Jarak kawasan industri itu dengan pelabuhan Pulau Pinang tidaklah jauh dan mampu menarik pelabur membuat pelaburan di situ.

Ini berbanding dengan Negeri Sembilan jarak kawasan industrinya di Seremban dan Nilai dengan Pelabuhan Klang sangat jauh tetapi pelabur tetap melabur di negeri itu kerana yakin dengan kebijaksanaan pemimpin hari ini.

“Kini pelabur mula membuka industri di Kulim Hi-Tech dengan bantuan Kerajaan Pusat dan tidak kisahlah walaupun Menteri Besarnya, Datuk Seri Sanusi Md Nor mendakwa usaha pelaburan hari ini adalah usahanya. Segala infrastruktur yang sedia ada mampu menggiatkan lagi menarik pelabur datang untuk membuat pelaburan di Kulim Hi-Tech,” ujarnya.

Demikian juga dengan dua pintu sempadan antarabangsa iaitu Bukit Kayu Hitam dan Durian Burung yang mampu dimajukan lagi dan sekali gus meningkat lagi pertumbuhan ekonomi Kedah.

“Bagaimanapun sekarang rakyat boleh bertanya di mana silapnya? Silapnya ialah kita tidak mempunyai barisan pemimpin yang bijak dan berwawasan untuk membawa Kedah ke mercu kejayaan.

“Segala limpahan keistimewaan yang diberi oleh Allah kepada hambanya di Kedah tidak dimanfaatkan dengan baik. Sepatutnya kini Kedah berada dalam kedudukan ketiga negeri yang maju di Malaysia hari ini dan tidak lagi sinonim dengan kemiskinan,” ujarnya.

Justeru, beliau menasihatkan rakyat Kedah bangun dan membuat pilihan yang bijak pada pilihan raya akan datang demi kemajuan generasi akan datang.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa