Semua prosedur babit Lembaga Pengampunan dipatuhi kerajaan

KERAJAAN menegaskan semua prosedur dan urusan oleh Lembaga Pengampunan adalah mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri mempunyai kuasa memberi ampun, tunda hukuman atau lega hukuman.

Jelasnya, kuasa Seri Paduka Baginda adalah bagi semua kes dan kesalahan dilakukan di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Bagi kes dan kesalahan dilakukan di negeri lain, kuasa pengampunan adalah di bawah Raja, Sultan atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing.

“Selepas Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bersidang, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri selaku urusetia Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan mengemukakan salinan perintah yang diluluskan Peguam Negara kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) untuk ditandatangani.

“Seterusnya perintah itu akan dikemukakan kepada Istana Negara untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Akhirnya, salinan perintah diperkenan oleh Agong akan dikemukakan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Peguam Negara dan seterusnya kepada Jabatan Penjara Malaysia untuk melaksanakan perintah berkaitan,” katanya melalui jawapan bertulis Dewan Rakyat seperti disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) yang bertanyakan prosedur dan proses untuk kerajaan melaksanakan titah daripada Yang di-Pertuan Agong, khususnya membabitkan Lembaga Pengampunan serta langkah diambil untuk memastikan tiada titah disorok daripada pengetahuan umum.

Pada 11 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah menyorok Titah Adendum untuk membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Sebaliknya Anwar berkata, beliau antara individu awal membawa perkara berkenaan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan berserta alasan pengampunan.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok