Titah Agong perlu jadi pedoman semua ahli Parlimen

YANG Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul meminta semua ahli Parlimen menjadikan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebagai pedoman dalam menjalankan tanggungjawab penuh amanah demi rakyat dan negara.

Beliau berkata, titah itu adalah satu peringatan yang amat bermakna agar ahli Parlimen mengamalkan budaya politik matang, beretika dan bertanggungjawab.

Johari memaklumkan, pihaknya turut menyambut baik titah baginda bahawa Parlimen perlu menjadi platform demokrasi memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Sebagai institusi tertinggi demokrasi negara, Parlimen mesti menjadi medan perbahasan yang sihat dan konstruktif.

“Bukannya medan pertelingkahan yang memecahbelahkan rakyat.

“Dengan itu, semua pihak mesti menghentikan politik perpecahan, fokus kepada kesejahteraan rakyat dan menggunakan suara dewan yang didengari sebagai platform demokrasi,” katanya menerusi satu kenyataan.

Johari berpandangan, ahli Parlimen perlu memainkan peranan aktif dalam diplomasi serantau bagi mengukuhkan kedudukan negara di peringkat antarabangsa memandangkan Sultan Ibrahim menyentuh perihal Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.

“Diplomasi Parlimen perlu digerakkan secara aktif untuk mengukuhkan hubungan serantau dan mempromosikan kestabilan, keamanan serta kemakmuran ASEAN,“ ujarnya.

Persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung selama 18 hari menyaksikan ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan usul selama tujuh hari bermula hari ini.

Sidang Parlimen kemudiannya diteruskan dengan sesi jawapan oleh menteri berkaitan dari 19 hingga 25 Februari dan persidangan Dewan Negara pula bakal berlangsung selama 13 hari bermula 3 Mac depan.

Related Posts

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

AYER KEROH – PKR memberi peringatan terbuka kepada mana-mana pihak agar tidak tergesa-gesa memasang angan-angan untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara ketika kerajaan semasa sedang giat memulihkan negara. Ketua Wanita…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

AYER KEROH – PKR perlu mengubah strategi penerangan bagi memastikan pelbagai kejayaan dan dasar kerajaan dapat difahami dengan lebih baik oleh rakyat khususnya perkara yang memberi kesan langsung terhadap kehidupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?