Semangat Tahun Baharu Cina, MPP kukuhkan hubungan komuniti peniaga tempatan

KUCHING – Majlis Perbandaran Padawan (MPP) terus memperkukuhkan hubungan dengan komuniti peniaga tempatan.

Pengerusinya, Cr. Tan Kai berkata, membina hubungan rapat dengan peniaga tempatan sangat penting.

“Selaras dengan semangat Tahun Baharu Cina, MPP mengambil inisiatif mengedarkan kalendar 2025 dan limau kepada komuniti peniaga tempatan,” ujar beliau.

Tambah beliau, aktiviti ini juga memberi peluang kepada wakil MPP untuk mendekatkan diri kepada masyarakat terutama peniaga tempatan.

“Ketika kita melangkah ke tahun 2025, aktiviti ini merupakan penghargaan terhadap sumbangan peniaga kepada masyarakat,” kata beliau ketika mengedarkan kalendar MPP 2025 dan limau perayaan kepada hampir 350 kedai di Kota Padawan pada Ahad.

Sementara itu, Tan berkata, musim perayaan merupakan masa yang sesuai untuk kita mengukuhkan ikatan sebagai jiran.

“Pengedaran kalendar ini mengingatkan kita dedikasi berterusan MPP kepada komuniti, manakala limau pula melambangkan tuah dan kemakmuran pada tahun yang akan datang,” jelas beliau lagi. 

Turut hadir Temenggong Datuk Tan Joo Phoi dan Ahli Majlis Tetap Cr. Shirley Pui.

Related Posts

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

MELAKA – Selepas hampir dua minggu Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan, tumpuan kini terarah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dijadual mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi menentukan tarikh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

LAHAD DATU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan rondaan dan pemantauan susulan kejadian gempa bumi magnitud 5.0 di perairan Sandakan yang turut dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemulangan pelarian Myanmar, Malaysia perlu seimbang kedaulatan, kemanusiaan – Pakar

Pemulangan pelarian Myanmar, Malaysia perlu seimbang kedaulatan, kemanusiaan – Pakar

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan

Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan