Lapan pelajar Malaysia terbabit kemalangan di Port Said

LAPAN pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar, Mesir terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan rehlah ke Port Said dan kini dirawat di hospital.

Education Malaysia Egypt (EME) berkata, seramai lima pelajar mengalami luka ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

“Mereka adalah Muhammad Firdaus Yacob, Muhammad Adli Fitri Mohd Anuar, Shahrul Aiman Jaafar, Muhammad Zulfiqar Ahmad Tarmizi dan Muhammad Hazieq Badrisyah Norhamedon.

“Tiga lagi pelajar, iaitu Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri dan Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut oleh pihak hospital,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

EME memaklumkan menjelang awal pagi tadi, tiga pelajar yang dirawat dalam wad selamat dibawa ke hospital Sayed Galal di Kaherah untuk rawatan susulan.

Katanya, insiden itu mendapat perhatian Universiti Al-Azhar yang menghantar pegawai dari Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Mahasiswi) kampus Port Said untuk membantu rawatan pelajar, seterusnya memudah cara pengurusan bersama pihak hospital.

“Selain itu, Setiausaha Pertama (Pendidikan) EME, Ahmad Salehuddin Shafie dan Muhammad Nazirul Mubin Abdul Rahman, turut bergegas ke Hospital As Salam Port Said untuk melihat sendiri keadaan pelajar terbabit,” katanya.

Sehubungan itu, EME menasihatkan pelajar sentiasa berhati-hati dan waspada dalam menjalankan sebarang aktiviti supaya terpelihara daripada sebarang kejadian tidak diingini.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok