Polis nafi laluan hala Cameron Highlands terhalang

KUANTAN – Pihak polis melakukan pemantauan berkala di semua laluan keluar dan masuk di Cameron Highlands.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli berkata, tiada sebarang halangan di laluan membabitkan laluan Tapah, Simpang Pulai, Sungai Koyan dan Gua Musang.

“Kita ingin merujuk kepada isu tular di akhbar tempatan bertarikh 24 Januari yang menyatakan tiada sebaran luas secara efektif bagi memaklumkan laluan untuk ke Cameron Highlands kembali selamat untuk dikunjungi.

“Sebelum ini pihak berwajib mengeluarkan notis pemberitahuan dan pemantauan berkala yang dilakukan tiada sebarang halangan pada mana-mana laluan menghala ke Cameron Highlands,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Jelasnya, para pengunjung dan pelancong dari luar dan dalam negara tidak perlu khuatir sekiranya mempunyai perancangan melancong ke lokasi terkenal tersebut.

“Rancang perjalanan sebaik mungkin bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku,” tambahnya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16