Suara anak muda menentang rasuah seiring prinsip Kerajaan Madani

KERAJAAN wajar menghargai sikap yang ditunjukkan anak muda terutamanya ke arah positif dalam membentuk fikrah dan tekad melawan kebobrokan serta barah rasuah.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd Halim berkata, tindakan ini adalah seiring dengan cita-cita dan prinsip yang dibawa oleh Kerajaan Madani.

“Kita tidak perlu khuatir dengan suara dan ekspresi anak-anak mahasiswa kita hari ini.

“Jangan hanya kerana mereka tidak memuji kita, dianggap mereka memusuhi kita,” katanya menerusi hantaran di laman X pada Rabu.

Dalam masa sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sentiasa bersikap terbuka menerima suara anak-anak muda dalam menyuarakan keadilan menentang rasuah.

“Jadi, wajar berikan ruang buat anak-anak muda ini menyempurnakan peranan mereka dalam zaman ini,” katanya.

Kenyataan Adam sebagai reaksi terhadap penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang akan berlangsung pada Sabtu ini dari pusat beli-belah di Jalan Tun Abdul Razak hingga ke Dataran Merdeka.

Selain itu, Pemuda Pas memaklumkan pihaknya akan turut serta dalam himpunan terbabit memandangkan ia menyuarakan hak rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman.

Sementara itu Adam Adli turut berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sendiri sudah memberi lampu hijau untuk mengadakan perhimpunan ini dan semua pihak perlulah mengikut peraturan yang telah ditetapkan dengan sebaiknya.

“Saya yakin Menteri Dalam Negeri ada kewajiban beliau untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan undang-undang di bawah seliaan beliau sendiri. Bagaimanapun kerajaan dan autoriti pasti sekali ada budi bicara tersendiri.

“Semoga aksi yang direncana berjalan aman, lancar dan terkawal, sesuai hak untuk bersuara dan berhimpun secara aman yang dijamin oleh hukum dan perlembagaan kita,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok