RM3 juta laksana Inisiatif Ehsan@KUSKOP, tangani isu kemiskinan

KOTA KINABALU – Sebanyak RM3 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan Inisiatif Ehsan@KUSKOP yang akan diadakan secara rintis di tiga daerah yang mempunyai daftar e-Kasih yang tinggi antaranya Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick mempengerusikan mesyuarat pelaksanaan Inisiatif Ehsan@KUSKOP bagi memastikan kejayaan inisiatif tersebut sepanjang tempoh pelaksanaannya di sini pada Isnin.

Jelasnya, inisiatif berkenaan merupakan program memperkasa pendidikan kepada anak-anak keluarga yang berdaftar dalam e-Kasih melalui sumbangan sosial korporat Bank Rakyat yang diuruskan oleh Yayasan Bank Rakyat.

“Inisiatif berkenaan merangkumi bantuan pengangkutan, bantuan asrama desa/transit, bantuan persekolahan, bantuan awal pengajian, tuisyen dan seminar pendidikan yang dilaksanakan secara bersasar.

“Inisiatif ini merupakan ilham dan sumbangan dan juga kementerian saya serta agensi-agensi di bawah bagi menoktahkan kemiskinan di Sabah sebagaimana hasrat Perdana Menteri dan Ketua Menteri kita melalui gerakan pendidikan dan keusahawanan yang berada dalam skop tanggungjawab saya,” katanya.

Menurut Ewon, setiap kali bermesyuarat di Kabinet atau bersidang di Parlimen, apabila disebut daerah-daerah termiskin Sabah beliau meletakkan azam untuk menjadi sebahagian penyelesaiannya tanpa menuding jari di mana silapnya isu kemiskinan tinggi negeri itu.

“Sebab itu saya mengilhamkan inisiatif ini sebagai satu usaha membantu menangani isu kemiskinan ini dan saya berterima kasih kerana KUSKOP dan agensi-agensi seperti Bank Rakyat dan Yayasan Bank Rakyat bersedia turut sama berjuang.

“Program Ehsan@KUSKOP yang telah dilancarkan pada 30 Disember lepas oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor akan turut membantu melahirkan anggota keluarga berdaftar e-Kasih menjadi usahawan kecil bermula di lokaliti masing-masing,” ujar beliau.

Turut hadir dalam mesyuarat Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda; Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Samsul Dollah; Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Philip Lasimbang dan Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat SMJ Sabah, Datuk Rosmadi Datu Sulai.

Related Posts

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

TAWAU – Satu inisiatif pelancongan berskala besar bakal direalisasikan di daerah ini menerusi pembinaan Pusat Konservasi Gajah (Elephant Sanctuary). Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Dr Andi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

  • By Siti
  • April 21, 2026
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun