Laman media sosial utama lubuk jenayah ‘scam’

PLATFORM media sosial utama – Facebook, TikTok, WhatsApp serta Telegram – menjadi lubuk ‘scammer’ paling kerap digunakan bagi aktiviti penipuan di negara ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kebanyakan mereka yang menjadi mangsa ‘scammer’ ditipu melalui Facebook.

“Jabatan Siasatan Jenayah Komersil memaklumkan terdapat 13 atau 14 bentuk ‘scam’ berbeza yang berlaku dalam media sosial.

“Tetapi ada juga jenayah ‘scam’ yang berlaku melalui panggilan telefon ataupun bersemuka.

“Jadi ada pelbagai bentuk, sebagai contoh di TikTok bentuk penipuan yang kerap dilakukan ialah membabitkan akaun bantuan kerajaan,” katanya dalam sidang media di Tumpat, Kelantan.

Beliau memberitahu, perkara itu kelihatan benar apabila penjenayah meminta mangsa mengisi maklumat peribadi seterusnya menghantar semua butiran kepada mereka.

Jelasnya, memandangkan isu terbabit semakin serius, pihak kerajaan mengambil beberapa tindakan seperti melesenkan platform media sosial dengan menetapkan beberapa perkara – termasuk memberi takrif kepada jenayah ‘scam’ – melalui pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia yang diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara baru-baru ini.

Tegas beliau, dengan meletakkan takrif ‘scam’ ini kerajaan percaya ia dapat membantu polis dan juga pihak yang lain untuk mengambil tindakan lebih tegas dalam usaha mengurangkan jenayah penipuan daripada terus berlaku.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata, pihak kementerian memohon satu kempen besar-besaran dilakukan seperti menyantuni sekolah untuk memberi penjelasan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa, guru-guru serta murid berusia bawah 13 tahun supaya tidak membuka akaun media sosial.

“Mereka yang berusia 13 tahun ke atas pula… apakah cara terbaik memanfaatkan media sosial dengan selamat untuk mengelak menjadi mangsa ‘scam’ dan memastikan data peribadi kekal selamat.

“Kita akan mulakan dalam masa tidak terlalu lama. Saya telah minta Kementerian Komunikasi menyelaras dan bukan hanya dalam kalangan agensi tetapi juga dengan platform media sosial yang telah atau sedang dilesenkan,” katanya.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar