Lima beranak terpaksa berteduh di rumah terbengkalai

KUBANG PASU – Lima beranak di Kampung Bukit Berangan Mukim Binjal di sini terpaksa berteduh di rumah terbengkalai dan usang sejak kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran Jun tahun lalu.

Salmah Ismail, 62, berkata, rumah batu milik mereka itu dibina oleh suaminya sejak 1996 secara sedikit demi sedikit untuk keselesaan mereka sekeluarga.

Katanya, pada asalnya mereka tinggal di rumah kayu setingkat dalam kawasan yang sama sebelum ia musnah 100 peratus akibat dijilat api.

“Lepas rumah terbakar, penghulu bagi kami tumpang duduk di rumah transit di Taman Pulasan selama 28 hari.

“Selepas itu, kami balik duduk di rumah yang tak siap ni la sampai sekarang,” katanya ketika ditemui di rumahnya .

Menurutnya, rumah terbabit tidak mempunyai dapur, tingkap, pintu dan lantai yang sempurna.

“Nak masak pun tak boleh, hari-hari terpaksa beli makanan kat kedai. Bila rumah tak siap macam ni, tidur malam pun tak lena sebab takut,” katanya.

Jelas ibu kepada empat cahaya mata ini, dia juga risaukan keselamatan anak perempuan bongsunya yang mengalami masalah mental.

“Pintu rumah pun tak ada, takut dia lari keluar. Sebab itu, suami tak boleh keluar bekerja terpaksa jaga dia kat rumah,” katanya.

Ujarnya, pendapatannya sebagai penjual buah tidak seberapa dan boleh diibaratkan seperti kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.

“Selalu modal RM100 beli buah, dapat balik pun RM100 juga, duit tu juga la beli makanan untuk isi perut.

“Bil elektrik dan air pun tertunggak sampai RM700, tak tahu nak ambil duit mana bayar,” katanya sayu.

Sementara itu, suaminya Mohd Zuki Syawal, 68, berkata, sambil menemani anaknya di rumah dia turut bertukang membuat pelbagai perabot dari kayu cengal.

“Saya ada kemahiran untuk mengukir kayu, dulu saya pernah kerja dengan orang. Tapi selepas saya ditipu saya balik buat sendiri di rumah saja,” katanya.

Jelas Mohd Zuki, dia telah menyiapkan beberapa meja kayu cengal dan hanya tinggal untuk disyelek sahaja.

“Saya tak berani nak buat banyak-banyak sebab tak ada tempat untuk simpan, ini pun saya tutup dengan plastik sahaja.

“Nak jual pun saya tak pandai, sebab tak tau macam mana nak pasarkan bila duduk di kawasan pedalaman macam ni,” ujarnya.

Jelas Mohd Zuki, dia sangat menghargai jika ada yang berminat untuk membeli perabot hasil air tangannya itu.

“Untung yang dapat tu boleh saya gunakan untuk kembangkan perniagaan perabot saya dan siapkan rumah untuk keluarga tinggal,” katanya.

Dalam pada itu kepada mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan bantuan ke akaun Agro Bank (200 5071 000 101421) atau hubungi Salmah di talian 013- 6317915.

Related Posts

Maritim tahan bot bawa lapan penumpang ke Langkawi tanpa kebenaran

KUALA PERLIS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot fiber yang membawa lapan penumpang ke Pulau Langkawi tanpa kebenaran di perairan Kuala Perlis, lewat petang semalam. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Banteras salah laku, CEIO Sarawak kini wajib lapor terus kepada UNIONS

KUCHING – Sarawak mewajibkan Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) melapor terus ke Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) tanpa campur tangan ketua jabatan bagi menjamin ketelusan pentadbiran awam. Setiausaha Kerajaan Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit