Sektor perikanan rekod 1.3 juta pengeluaran

JELEBU – Sektor perikanan Malaysia merekodkan pengeluaran berjumlah 1.3 juta tan metrik sejak Januari hingga bulan ini, sekali gus berupaya menjamin sekuriti makanan dalam negara.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Wan Muhammad Aznan Abdullah, berkata jumlah itu merangkumi subsektor perikanan tangkapan, akuakultur dan perikanan darat di seluruh negara.

“Sebanyak 400,000 tan metrik lagi akan capai tahap menyamai rekod tahun lepas iaitu 1.79 juta tan metrik dan dijangka akan terus meningkat.

“Sekuriti makanan di negara ini sekarang mencapai 92 peratus, sektor akuakultur akan jamin peningkatan bekalan ikan dalam negara selain ikan sumber laut.

“Kita juga akan meningkatkan kadar pengeluaran benih dari segi kadar tumbesarannya seperti udang galah ada sistem tertentu digunakan dan sebagainya,” katanya selepas menghadiri Karnival Usahawan MyAgropreneur Perikanan (myAP) dan MyKomuniti Perikanan (myKP) Zon Selatan di sini hari ini.

Program dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, lapor Bernama.

Wan Muhammad Aznan berkata, menjelang 2030, kerajaan menyasarkan sumbangan menerusi sektor perikanan sebanyak 40 peratus daripada keseluruhan pengeluaran perikanan negara.

Antara lain ia perlu diterajui aplikasi teknologi moden untuk meningkatkan produktiviti seiring perkembangan Revolusi Perindustrian 4.0.

Beliau berkata, penyediaan sumber tenaga kerja melalui pembabitan golongan belia yang kompeten juga perlu dipergiatkan dalam pelbagai sektor khususnya industri penternakan.

Dalam perkembangan lain, Wan Muhammad Aznan berkata larangan pengambilan kupang dan kerang-kerangan atau dwicengkerang di negeri ini dan Melaka masih dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna, susulan dicemari biotoksin berbahaya serta tidak selamat dimakan pada April lepas.

Katanya, pihaknya akan mengemas kini maklumat terkini berhubung perkara itu dari masa ke masa susulan makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur masih mengesan biotoksin melebihi kadar had pengambilan yang selamat, selain kehadiran plankton.

Related Posts

Teknologi komunikasi maju, warisan lama jangan ditinggalkan – Fahmi

KANGAR – Kemajuan teknologi komunikasi yang semakin pantas perlu diterima tanpa mengabaikan nilai sejarah dan warisan komunikasi tradisional yang membentuk perjalanan masyarakat sejak sekian lama. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir 90 peratus kandungan diturunkan MCMC berkait scam, judi dalam talian

KANGAR – Scam dan judi dalam talian merangkumi hampir 90 peratus daripada keseluruhan kandungan yang diturunkan atas permintaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX