Polis tahan lelaki untuk siasatan kes rogol remaja bawah umur

TAWAU – Polis memberkas seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes rogol remaja bawah umur di Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berumur 30 tahun yang juga jiran mangsa itu berjaya ditahan susulan laporan polis diterima pihaknya.

“Hal ini terbongkar apabila nenek mangsa menyedari cucunya telah dirogol dan apabila ditanya, cucunya mengaku bahawa telah dicabul oleh suspek sebanyak tiga kali selama dua bulan.

“Mangsa kemudiannya ditemani oleh penjaga ke Balai Polis untuk membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan di Tawau.

Suspek kini direman untuk disiasat dibawah sekyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Menurut Jasmin, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pernah disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Awam 2012.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan