MINDEF fokus perolehan aset tahun ini

PUTRAJAYA – Kementerian Pertahanan (MINDEF) komited menjayakan projek perolehan pelbagai aset strategik bagi meningkatkan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia.

Perancangan itu antara 10 fokus utama digariskan dalam perancangan 2025 MINDEF dalam memastikan sistem pertahanan negara mencapai keperluan dan cabaran semasa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerajaan memperuntukkan kira-kira RM12 bilion untuk perolehan aset berkenaan.

Beliau berkata, perolehan yang sudah diluluskan termasuk Meriam 105 milimeter Pack-Howitzer, Surface to Surface Missile (SSM) bagi kegunaan KD Jebat milik Tentera Laut Diraja Malaysia dan tiga unit ‘Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System’.

Selain itu, katanya, MINDEF akan memastikan perkembangan dan kemajuan pembinaan aset penting lain mencapai kemajuan seperti dijadualkan.

“Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 mencapai 96.52 peratus siap dan kini memulakan Ujian Penerimaan Pelabuhan dan Ujian Penerimaan Laut.

“LCS2 juga sudah diturunkan ke air dan sedang menjalani ketetapan kerja. LCS3 pula sedang dalam persiapan akhir untuk diturunkan ke air dirancang pada Januari 2026.

“Bagi pembinaan kapal Kapal Misi Pesisir batch kedua pula, kemajuan kerja bagi ketiga-tiga kapal berkenaan dijangka mencapai 13.8 peratus secara keseluruhan pada Jun 2025,” katanya ketika berucap pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2025 Menteri Pertahanan di Wisma Perwira, hari ini.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman; Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, pesawat Tempur Ringan Dwifungsi KAI FA-50 Block 20 sedang mencapai status kemajuan sehingga 48 peratus dengan dua pesawat pertama akan diterima pada Oktober 2026.

Beliau berkata, kementerian juga dalam proses perolehan Pesawat Ronda Maritim untuk tujuan pengawasan kawasan maritim yang dijangka diterima pada Jun dan September 2026.

Related Posts

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melaksanakan intervensi pasaran bagi menstabilkan harga cili merah di Pulau Pinang susulan penurunan ketara harga ladang sejak awal tahun ini. Langkah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan gaji penengah bulanan di Malaysia mencapai RM3,500 menjelang 2030, selain meningkatkan sumbangan pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menteri Sumber…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat