Agensi PBB sambut baik gencatan senjata Gaza

AGENSI Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambut baik perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Palestin, Hamas, selepas 466 hari konflik sengit di Gaza sambil mengharapkan agar gencatan senjata jangka panjang akan berlangsung antara kedua-dua.

Ketua hak asasi manusia PBB memuji fasa pertama gencatan senjata, dengan menyifatkan ia sebagai satu kelegaan besar selepas begitu banyak penderitaan dan kesengsaraan yang tidak tertanggung sepanjang 15 bulan lalu, lapor Anadolu.

“Saya sangat lega dengan berita mengenai fasa pertama gencatan senjata di Gaza, dan penting agar ia kekal.

“Saya menggesa pihak-pihak dalam konflik serta semua negara yang mempunyai pengaruh untuk melakukan segala yang termampu untuk memastikan kejayaan fasa-fasa seterusnya gencatan senjata, termasuk pembebasan semua tebusan, dan untuk menamatkan perang sepenuhnya,” kata Volker Turk dalam satu kenyataan.

Beliau menekankan keperluan segera untuk menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan bantuan di seluruh Gaza yang telah musnah akibat pengeboman tanpa henti dan pertempuran, terutamanya di bahagian utara.

“Makanan, air, ubat-ubatan, tempat perlindungan, dan perlindungan adalah keutamaan utama. Kita tiada masa untuk berlengah,” katanya.

Turk turut menekankan keperluan untuk memastikan akauntabiliti dan keadilan terhadap pelanggaran dan penyalahgunaan serius yang telah dilakukan.

“Mereka yang bertanggungjawab atas tindakan kejam pada 7 Oktober, pembunuhan haram terhadap orang awam di seluruh Gaza, dan semua jenayah lain di bawah undang-undang antarabangsa mesti dibawa ke muka pengadilan.

“Hak mangsa untuk mendapatkan pampasan penuh mesti ditegakkan. Israel harus menamatkan ‘kehadiran haram’ di wilayah Palestin yang diduduki, seperti yang telah dijelaskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa, serta merealisasikan penyelesaian dua negara yang dipersetujui secara antarabangsa,” katanya.

Pengarah Jeneral Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata bahawa keamanan adalah penyelesaian terbaik kepada semua pihak, malah perjanjian gencatan senjata juga amat memberangsangkan.

“Terlalu banyak nyawa telah terkorban dan terlalu banyak keluarga yang menderita. Kami berharap semua pihak akan menghormati perjanjian itu dan berusaha ke arah keamanan yang berkekalan.

“Keperluan kesihatan di Gaza tetap sangat besar, WHO bersedia meningkatkan sokongan bersama rakan kongsi. Kelegaan yang sangat diperlukan untuk penduduk Gaza,” kata Tedros di laman X.

Philippe Lazzarini, pesuruhjaya agung agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA), memuji perjanjian tersebut dengan yang mana telah ditunggu-tunggu sejak 15 bulan lalu.

“Perjanjian ini akhirnya akan membawa kelegaan yang sangat diperlukan untuk penduduk Gaza dan pembebasan tebusan.

“Apa yang diperlukan ialah akses kemanusiaan yang cepat, tidak terhalang dan berterusan serta bekalan untuk menangani penderitaan yang luar biasa yang disebabkan oleh perang ini,” kata Lazzarini di laman X.

Menurut Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), keperluan kemanusiaan yang besar termasuk akses tanpa halangan untuk menyediakan makanan, penjagaan kesihatan, sokongan psikososial, air bersih, pendidikan, dan bantuan tunai yang penting.

UNICEF juga menggesa pihak-pihak untuk segera merumuskan penyelesaian politik yang berkekalan demi kesejahteraan generasi kanak-kanak sekarang dan masa depan.

Terdahulu, Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman, mengumumkan kejayaan perantara dalam mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza, dan pelaksanaannya akan bermula Ahad ini.

Agensi Anadolu (AA) melaporkan dalam sidang media diadakan di Doha, Mohammed berkata, fasa pertama perjanjian itu akan berlangsung selama 42 hari dan membabitkan pembebasan 33 tahanan Israel sebagai pertukaran dengan sejumlah tahanan Palestin yang tidak dinyatakan.

Mohammed turut memaklumkan bahawa Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) ‘akan berusaha memastikan pelaksanaan perjanjian itu’ dengan mekanisme bagi memantau pelaksanaannya serta menangani sebarang kemungkinan pelanggaran.

  • Related Posts

    Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

    WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

    JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

    Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

    Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

    Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

    Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

    Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

    Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

    • By Fatin
    • August 14, 2026
    Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

    300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

    300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

    RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

    RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff