Ahli Parlimen Tawau mohon kerajaan Persekutuan salur peruntukan bina PPR tangani isu setinggan

TAWAU – Kerajaan Persekutuan diharap dapat menyalurkan peruntukan untuk pembinaan Program Perumahan Rakyat (PPR) di Parlimen Tawau.

Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui berkata, inisiatif ini antara usaha penting dalam menangani isu rumah setinggan.

“Saya menyeru kepada Persekutuan seperti yang selalu saya bangkitkan di Parlimen dan memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) agar menyalurkan peruntukan membina PPR kerana ini satu penyelesaian kita termasuk mengelakkan bencana seperti kebakaran lebih merebak.

“Di kawasan seperti itu (setinggan) yang tidak teratur, setiap kali berlaku kebakaran akan menyebabkan sehingga berpuluh juta kerugian harta benda,” katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung (Kg) Sri Aman di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Tawau.

Beliau berkata, kewujudan PPR juga perlu diberi perhatian sewajarnya oleh KPKT demi keselesaan dan keselamatan penduduk.

Mengenai pembinaan semula rumah di kawasan kebakaran terbabit, Lo berkata, kesesuaian perkara itu akan dibincangkan kepada pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

“Saya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan sedang berusaha akan memohon peruntukan kerajaan negeri untuk membantu mangsa terlibat,” ujarnya.

Kebakaran pada Ahad lepas menyebabkan 619 mangsa dari 60 buah rumah di Kg Sri Aman tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus dijilat api.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau kemudian membuka PPS kepada mangsa musibah kebakaran di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau.

Related Posts

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

TAWAU – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah terus memperhebat inisiatif bersemuka di instituti pendidikan dengan dengan penyampaian mesej berkenaan internet selamat dan buli. Pengarahnya, Jainisah Mohd Noor berkata, usaha itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menyelar tindakan segelintir pihak yang cuba menggugat kestabilan negeri ini dengan menyebarkan naratif negatif dan menggunakan medium fitnah demi kepentingan politik sempit. Ketuanya, Mohd Kamil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini