Lawatan PM ke UAE: ADIA berhasrat tingkatkan jumlah pelaburan

Oleh: Husna Irdina (Pelatih UPM)

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) berhasrat untuk meningkatkan jumlah pelaburan sebanyak RM1 bilion ke dalam sebuah syarikat Malaysia, iaitu Yinson Holdings Bhd.

Menurut jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, tambahan pelaburan itu terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan para pelabur asing, termasuk pelaburan oleh Badan-Badan Pelaburan Antarabangsa seperti ADIA dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurutnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang berada di United Kingdom untuk bertemu dengan Perdana Menteri negara itu, Keir Starmer, sebelum bertolak ke Brussels pada Ahad ini untuk bertemu dengan Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo, dan juga Presiden European Commission, Ursula von der Leyen.

“…Dan akhir sekali, beliau akan ke Davos untuk World Economic Forum dan akan kembali ke tanah air pada 23 Januari insya-Allah,” katanya ketika Sidang Media Pasca Kabinet di sini, pada Rabu.

Terdahulu, ADIA menunjukkan minat mendalam untuk terus mempertingkat pelaburannya di Malaysia.

ADIA adalah antara entiti yang memiliki dana kekayaan terbesar di dunia dengan aset dianggarkan melebihi AS$1 trilion.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ADIA dikenali sebagai pelabur global berimpak tinggi dan mempunyai peranan penting dalam sektor infrastruktur, kesihatan dan tenaga.

Katanya, antara pelaburan utama ADIA di peringkat antarabangsa termasuk lapangan terbang di United Kingdom dan Perancis, Pelabuhan Khalifa di UAE serta projek infrastruktur logistik di India dan tenaga di Amerika Syarikat.

“Di Malaysia, komitmen ADIA terserlah melalui pelaburan yang selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan rangka kerja Ekonomi Madani.

“Antara sumbangan penting mereka termasuk kerjasama dengan Global Infrastructure Partners (GIP) dalam usaha penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), selain pelaburan dalam projek infrastruktur utama yang menyokong pertumbuhan mampan negara,” katanya dalam hantaran di laman sosialnya, hari ini.

Sebelum ini, beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpeluang bertemu dengan kepimpinan tertinggi ADIA iaitu Pengarah Urusan ADIA, Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan serta barisan kepimpinan lain seperti Khalil Foulathi dan Mohamed Al Ameri.

Pertemuan itu secara tidak langsung membuka ruang memperkukuh kerjasama pelaburan strategik antara Malaysia dan UAE.

Tengku Zafrul berkata, menerusi perbincangan bersama ADIA, ia menyatakan komitmen untuk terus mempertingkat dan memberi tumpuan utama dalam mencipta nilai yang lebih besar bagi memastikan kejayaan pelaburan-pelaburan di Malaysia di pelbagai sektor, termasuk dalam transformasi MAHB.

Related Posts

Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda