RUU hukuman khidmat masyarakat buang sampah kecil bakal dibentang Mac ini – Kor Ming

TELUK INTAN – Rang Undang-undang (RUU) hukuman khidmat masyarakat bagi kesalahan pembuangan sampah kecil bakal dibentangkan pada sesi pertama Dewan Rakyat pada Mac nanti.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, pindaan itu bagi membolehkan pesalah menjalani hukuman khidmat masyarakat dalam tempoh masa tertentu.

Jelasnya, perlaksanaan hukuman tersebut seperti mencuci longkang, menyapu sampah atau mencuci tandas awam yang akan dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, tertakluk kepada keputusan mahkamah.

“Hukuman berbentuk khidmat masyarakat akan dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah disebabkan membuang sampah merata-rata.

“Semua orang hari ini adalah golongan terpelajar. Jadi mustahil tidak tahu bahawa sampah perlu masuk dalam tong sampah.

“Oleh itu, apabila nanti sudah dikenakan tindakan, jangan salahkan kerajaan pula. Saya akan bawa perkara ini pada sesi pertama Dewan pada Mac ini,” katanya selepas hadir ke Majlis Perasmian Jentera Baharu Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di Bangunan Pejabat MPTI, Jalan Speedy, di sini.

Tambah beliau, hukuman setimpal seperti tempoh khidmat masyarakat yang lebih panjang akan dipinda dalam RUU tersebut.

Katanya, hukuman kompaun tidak lagi relevan memandangkan golongan berkenaan berkemampuan membayar denda.

“Tidak ada gunanya kita naikkan kadar kompaun setakat RM300, RM500 mereka boleh bayar dan ulang perbuatan sama tetapi bila kena jalankan khidmat masyarakat, pesalah akan tahu dan tak buang sampah lagi,” ujar Kor Ming.

Bagaimanapun, tambah beliau, segala keputusan diserahkan kepada pihak mahkamah yang tentukan kerana pihaknya sekadar memperuntukkan undang-undang untuk membenarkan mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

November tahun lalu, KPKT sudah mengemukakan memorandum berhubung perkara itu dengan objektif perlaksanaan hukuman tersebut bagi memberi keinsafan dan kesedaran kepada pesalah yang mana mereka dikehendaki memakai jaket khas dan dikenakan hukuman mengikut tempoh jam agregat ditetapkan.

Cadangan perlaksanaan hukuman khidmat masyarakat bagi kesalahan pembuangan sampah kecil yang akan dikuatkuasakan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672], Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].

Related Posts

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

POLEMIK mengenai cara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menegur Menteri Besar, Datuk Seri Ismail Lasim tidak seharusnya dijadikan politik pertikaian atau ‘alih perhatian’ daripada persoalan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

KUALA LUMPUR – Usaha memperkukuh penyelidikan dan memperluas wacana pemikiran Islam terus mendapat sokongan kerajaan bagi memastikan sumbangan bidang keilmuan itu dapat dimanfaatkan dalam pembangunan tadbir urus negara serta kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

  • By Fatin
  • October 16, 2026
Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan