Gaji SSPA naik: Penjawat awam diingatkan tak buat pinjaman tak perlu – Cuepacs

KUALA LUMPUR – Penjawat awam diingatkan tidak membuat pinjaman berlebihan atau bertindih yang tidak perlu susulan kenaikan gaji bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, SSPA seharusnya tidak dijadikan alasan untuk penjawat awam menambah pinjaman, yang akhirnya akan menambah beban kewangan.

“Jika ingin membuat pinjaman, ia seharusnya untuk tujuan yang memberi keuntungan pada masa hadapan, seperti pinjaman perumahan atau pendidikan anak-anak, bukan untuk membeli telefon bimbit dan sebagainya.

“Risikonya, penjawat awam mungkin akan menghadapi masalah kewangan,” katanya pada program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV pada Khamis.

Melalui SSPA yang berkuat kuasa pada 1 Disember, pegawai kumpulan pelaksana dan kumpulan pengurusan dan profesional yang memilih skim ini, akan menerima pelarasan gaji sebanyak 15 peratus secara berfasa. Fasa pertama, sebanyak 8 peratus, akan diberikan pada Disember 2024, manakala 7 peratus lagi pada fasa dua, Januari 2025.

Kumpulan pengurusan tertinggi (KPT) pula akan menerima pelarasan gaji sebanyak 7 peratus, dengan 4 peratus bagi fasa 1 dan 3 peratus bagi fasa 2.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pelaksanaan SSPA tepat pada masa memandangkan gaji penjawat awam sudah hampir 12 tahun tidak disemak, sedangkan kos sara hidup kian meningkat dalam tempoh tersebut.

“Apabila tidak disemak, ditambah dengan keadaan ekonomi semasa, ia membebankan dan mengusarkan penjawat awam kerana kos sara hidup yang tinggi, sehingga sukar untuk mencukupi perbelanjaan harian, termasuk untuk rumah,” katanya.

Ditanya mengenai pandangan Cuepacs berkenaan 1,400 penjawat awam yang memilih untuk tidak menerima opsyen SSPA, beliau berkata, perkara itu tidak dapat dielakkan dan pihaknya menghormati keputusan tersebut.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit