Tiada kompromi jenayah pedofilia, Kerajaan Madani jamin keselamatan kanak-kanak

KERAJAAN Madani akan terus memberikan sokongan penuh dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara, serta tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk jenayah yang mengancam masa depan golongan ini.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, Kementerian Komunikasi sekali lagi menyeru agar semua penyedia platform dalam talian agar lebih proaktif menyekat sebarang aktiviti tidak bermoral serta menyalahi undang-undang.

Selain itu, beliau turut mengingatkan ibu bapa agar memainkan peranan penting dalam mengawal penggunaan media sosial anak-anak terutama yang di bawah umur, bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

“Sama-sama kita melindungi generasi muda daripada segala bentuk ancaman dan eksploitasi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama, Fahmi menzahirkan ucapan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atas kejayaan membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak ini.

“Syabas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atas pelaksanaan operasi bersepadu Op Pedo yang bertujuan menjejaki penjenayah seksual terhadap kanak-kanak di pelbagai platform dalam talian.

“Seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara menerusi kenyataan media hari ini, 13 individu lelaki warga tempatan berusia 20 hingga 74 tahun telah ditangkap dalam serbuan di enam negeri, setelah polis menjumpai sejumlah 40,000 bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) dan pornografi,” katanya.

Justeru, Fahmi berkata, tindakan tegas ini membuktikan komitmen pihak berkuasa dalam membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak, termasuk secara dalam talian.

Semalam, PDRM menahan 13 lelaki secara berasingan di enam negeri kerana disyaki memiliki bahan pornografi dewasa dan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) dalam talian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberitahu, kesemua mereka yang berusia 20 hingga 74 tahun itu diberkas menerusi Op Pedo Bersepadu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dijalankan serentak kira-kira pukul 9 malam di 18 buah premis di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Terengganu.

Related Posts

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

JOHOR BAHRU – Sebarang tindakan terhadap wartawan dan organisasi media berdaftar perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Media Malaysia (MMM) sebelum siasatan atau tindakan lanjut diambil, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneliti dakwaan pengusaha stesen minyak mengalami kerugian ketika tempoh peralihan pelaksanaan penambahbaikan subsidi bahan api, termasuk mendapatkan maklumat lanjut daripada syarikat minyak berkaitan. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

PM mahu kelulusan pinjaman usahawan dipercepatkan

PM mahu kelulusan pinjaman usahawan dipercepatkan

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media